ANWAR memang perangai seperti 'BINATANG'
PUTRAJAYA - Pihak
pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah
Persekutuan di sini, Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan seorang saksi yang
jujur dan berwibawa kerana konsisten dalam setiap keterangannya.
Muhammad Shafee
ketika membuat hujahan balas di hadapan panel lima hakim berkata, kejadian
liwat benar-benar berlaku tanpa kerelaan seperti yang dikatakan Mohd Saiful
apabila diperiksa oleh peguam, mendiang Karpal Singh.
Menurutnya
perkataan ‘tanpa kerelaan (Sumber)’ membawa tafsiran tertentu yang perlu diperjelas
iaitu perlakuan gangguan seksual di tempat kerja, yang berlaku kerana
didominasi tanpa jiwa dan raga.
Muhammad Shafee
turut membacakan kenyataan Mohd Saiful yang menceritakan satu persatu bagaimana
dia diliwat ketika berhujah di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan
yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Menurutnya Mohd
Saiful berada dalam keadaan ‘grey area’ (kawasan kelabu) apabila tidak berupaya
menolak permintaan majikannya untuk mengadakan hubungan seksual walaupun dia
sebenarnya tidak rela.