Memaparkan catatan dengan label Dana Hari Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dana Hari Raya. Papar semua catatan

Ahad, 19 Ogos 2012

PEMIMPIN DISAYANGI, JANJI DITEPATI


Rhu Rendang 18/08/2012 - Bagi memenuhi hasrat Warga DUN Rhu Rendang, Pegawai Pembangunan DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku pada hari ini seawal jam 10.00 pagi telah mengadakan meja terbuka dikediaman beliau hanya semata-mata untuk menunggu warga DUN Rhu Rendang yang masih lagi belum menerima bantuan Dana Bakti Remaja dan Dana Hari Raya.

Turut menyempurnakan tugas-tugas murni Pengerusi APMT Daerah Marang En. Anuar Yahya bersama-sama dengan anak buahnya berjaya melaksanakan tugas dengan begitu cemerlang dan memenuhi keteria-kateria yang ditetapkan.

Rabu, 15 Ogos 2012

Bantuan Dana Hari Raya 2012 fasa terakhir DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 14/08/2012 - Pengagihan Dana Hari Raya 2012 bagi DUN Rhu Rendang peringkat terakhir berlangsung pada hari ini bermula jam 10.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Seramai 1,193 orang penerima bantuan dana tersebut meliputi Kg. Batangan, Kg. Darat Pak Chan, Kg. Seberang Marang dan Kg. Baru Rhu Muda. Bantuan diagihkan mengikut ketegori yang ditetapkan RM200 dan RM300.

Selasa, 14 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa bersama MB Terengganu


Rhu Rendang 13/08/2012 - Program majlis berbuka puasa masyarakat DUN Rhu Rendang bersama Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said berlangsung di perkarangan Masjid Haji Ahmad Ibrahim, Kg. Rhu Rendang, Marang, bermula jam 5.30 petang.

Seramai lebih kurang 2,000 orang hadir dimajlis yang dianjurkan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta JKKK Kg. Rhu Rendang.

Turut hadir YB Datuk Yahaya Khatib Muhamad, YB Senator Puan Zaiton, PP DUN Alor Limbat, PP DUN Bukit Payong, Ketua-Ketua Jabatan, Pengerusi JKKK, Pelajar-Pelajar Sekolah serta warga DUN Rhu Rendang.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Pengagihan Dana Hari Raya bagi Peti Undi Bandar Marang


Rhu Rendang - Pengagihan Bantuan Dana Hari Raya bagi peti undi Bandar Marang telah diadakan pada 08/08/2012 @ 2.00 petang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Majlis pengagihan telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Seramai lebih kurang 1,000 orang penerima bantuan, termasuk warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka-mereka yang berpendapatan kurang daripada RM1,500. Turut menjayakan program tersebut En. Anuar Yahya, Pengerusi APMT Daerah Marang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga dan Bandar Marang serta ahli-ahli APMT.


Rabu, 8 Ogos 2012

Pemimpin yang tidak mengenal penat demi untuk rakyat



Rhu Rendang 07/08/2012 - Walaupun dalam bulan Ramadan Al-Mubarak Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku seawal jam 9.30 pagi telah berada di Dewan Utama Majlis Daerah Marang untuk menyampaikan bantuan Dana Hari Raya kepada 1,025 orang penerima dari peti undi Kijing sumbangan Kerajaan Negeri sempena Aidilfitri tahun ini.

Didalam program yang diadakah tidak ketinggalan disertai oleh petugas-petugas APMT Daerah Marang yang diketuai oleh saudara En. Anuar Yahya, turut memberikan bantuan sepenuhnya bagi menjayakan program yang diatur demi untuk masyarakat.

Penerima terbabit termasuk golongan miskin, Orang Kelainan Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Duda, dan Ibu Tunggal menerima bayaran dana secara berperingkat-pewringkat bermula pada 05/08/2012 dan berakhir pada 14/08/2012 ini.

Khamis, 31 Mei 2012

RM55 juta dana raya, RM24 juta dana bakti remaja


KERAJAAN negeri akan membelanjakan kira-kira RM55 juta untuk dana hari raya bagi menambahkan keriangan rakyat berpendapatan rendah pada Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, dana itu dijangka mula diagihkan pada Ramadan ini dengan jumlah penerima dijangkat meningkat 10 peratus berbanding tahun lalu.

"Tahun lepas kita beri kepada lebih 176,000 penerima dan tahun ini, kita jangka ia bertambah 10 peratus," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...