Memaparkan catatan dengan label MARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MARA. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Jun 2012

Usahawan Terengganu paling rendah gagal bayar balik pinjaman


Usahawan di negeri ini dikenalpasti sebagai peminjam paling berdisiplin dalam aspek bayaran balik pinjaman berikutan mampu melunaskan pembiayaan mengikut tempoh ditetapkan berdasarkan penilaian beberapa agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan itu.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata peminjam dari negeri ini yang gagal membayar balik pinjaman kepada agensi seperti Tekun Nasional (Tekun), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) amat kecil.

Menurutnya, hanya 20 peratus peminjam di YPU yang gagal menjelaskan pinjaman itu, manakala daripada setiap sepuluh peminjam Tekun, hanya tiga daripadanya gagal membayar balik yang mungkin berpunca daripada perniagaan yang merudum dan tidak berkembang.

Rabu, 20 Jun 2012

Tele Conference langsung PM dan MB di himpunan usahawan


Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) akan menganjurkan Himpunan Usahawan Terengganu 2012 pada 21 Jun ini bertempat di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Program ini diadakan sempena Pelancaran Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peringkat Nasional yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada tarikh yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Haji Azmi Razik berkata, perhimpunan yang julung kali diadakan ini disertai seramai 1,000 usahawan dari seluruh negeri.

Sabtu, 10 Disember 2011

PROGRAM 'KOMUNITI PRIHATIN' BERSAMA AADK DAN MARA DAERAH MARANG


Marang 10/12/2011 - Program 'KOMUNITI PRIHATIN' (Berpakat Cakna, Cegoh Dadoh, Sihat Belako) anjuran bersama Agensi Dadah Kebangsaan dan Pejabat MARA Daerah Marang telah diadakan di Dataran Pejabat Daerah Marang bermula 08/12 - 10/12/2011).  Program penutupan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...