![]() |
| Gambar hiasan saja |
KUALA
TERENGGANU - Angkara cemburu, seorang suami nekad membelasah lelaki dipercayai
kekasih isterinya sehingga nyaris buta dalam kejadian di Kampung Baru Kiri,
Kemasik, Chukai, Kemaman pada Sabtu lalu.
Dalam
kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang cedera di
mata dikejarkan ke Klinik Kemasik sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.
Bagaimanapun, disebabkan kecederaan yang serius pada selaput mata, mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pembedahan kecil.
Bagaimanapun, disebabkan kecederaan yang serius pada selaput mata, mangsa terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pembedahan kecil.
Ketua
Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, siasatan awal
mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa
mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
