KUALA LUMPUR: DAP menganggap gabungan PAS
dengan parti politik lain bagi membentuk blok pembangkang baharu tidak memberi sebarang ancaman kepada pakatan
pembangkang sedia ada.
Penasihatnya
yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, berkata pakatan baharu itu
diibaratkan sebagai kosong.
"Saya
tidak mahu mengungkapkan perkataan tidak baik tetapi di dalam politik, ia
seperti kosong tambah kosong bersamaan kosong," katanya yang enggan
mengulas lanjut.
Beliau berkata
demikian pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, sebentar tadi.
