Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

Rabu, 5 Februari 2020

#NIAT JAHAT: MAHATHIR TERDESAK UNTUK KEKALKAN KUASA, SANGGUP BERUNDING DENGAN SESIAPA


MAHATHIR TIDAK AKAN TURUN SEBAGAI PERDANA MENTERI HANYA KERANA DIA TELAH BERJANJI.

Selama ini dia memang TERKENAL SEBAGAI SEORANG PEMUNGKIR JANJI.

Mahathir memerlukan sebab yang munasabah dan kukuh untuk tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar dan menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ke-8.

Anwar juga memerlukan sebab yang kukuh untuk menendang Mahathir turun dari jawatan Perdana Menteri.

Tanpa sebab yang kukuh, rata-rata akar umbi PH dan rakyat tidak akan menyokong sesiapa dari mereka yang menendang seorang lagi keluar tanpa sebab yang munasabah.

Jika seorang dari mereka buat juga dan langgar seorang lagi tanpa sebab yang kukuh, maka siapa yang memulakan langkah tersebut akan dianggap sebagai pengkhianat, dan ia akan memberikan sebab dan justifikasi moral yang kuat kepada yang seorang lagi untuk mengambil tindakan balas dan menjatuhkan lawannya.

Contohnya, sekiranya Mahathir dilihat mengorak langkah (atau ada ura-ura) untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan baru tanpa Anwar, DAP dan PAN, maka Anwar akan mendapat sokongan daripada DAP dan PAN dalam kerajaan dan dalam Majlis Presiden PH.

Dan apabila Mahathir dilihat mengorak langkah terbuka untuk menendang Anwar, maka Anwar juga akan mendapat simpati daripada akar umbi PH dan PKR, dan dia (Anwar) akan memperoleh sebab yang kukuh dan sokongan yang kuat untuk menentang dan menjatuhkan Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.

Dalam PH, MAJLIS PRESIDEN YANG AKAN MENENTUKAN PERDANA MENTERI, bukan berdasarkan jumlah Ahli Parlimen setiap parti komponen di Dewan Rakyat seperti dalam BN.

Oleh itu, sebelum apa-apa petisyen dibuat sama ada melalui undi tidak percaya di Parlimen atau sebagainya, Mahathir dan Anwar perlu melalui Majlis Presiden PH dahulu untuk mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika Anwar mendapat sokongan DAP dan PAN dalam Majlis Presiden, maka Anwar akan mendapat sekurang-kurangnya 15 undi daripada 22 orang ahli dalam Majlis Presiden PH.

Dengan ini Anwar akan dipilih menjadi Perdana Menteri ke-8 yang baru dalam Kerajaan PH.

Jika Mahathir dan partinya Bersatu tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Presiden ini, maka langkah seterusnya adalah dia dan partinya dan KUMPULAN AZMIN dalam PKR boleh memilih untuk engkar keputusan Majlis Presiden PH lantas keluar daripada PH dan menyertai gabungan parti-parti pembangkang iaitu Barisan Nasional, PAS, GPS dan lain-lain.

Sekiranya gabungan pembangkang ini mempunyai cukup majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, mereka boleh memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru dengan Perdana Menteri yang baru.

Mahathir dan partinya Bersatu mempunyai 26 orang Ahli Parlimen.

Azmin dikatakan kononnya boleh membawa 15 orang Ahli Parlimen PKR termasuk dirinya.

PAS telah menyatakan sokongan terbuka kepada Mahathir dengan 18 orang Ahli Parlimen.

Ini menjadikan sokongan dalam tangan sedia ada kepada Mahathir di Parlimen sebanyak 59 orang Ahli Parlimen.

Anwar pula mempunyai 35 orang Ahli Parlimen PKR yang menyokongnya kini.

Jika DAP dan PAN menyokongnya, dia akan mendapat sokongan tambahan sebanyak 53 orang Ahli Parlimen yang menjadikan jumlah sokongan kepadanya berjumlah 88 orang Ahli Parlimen.

Untuk membentuk kerajaan yang baru dan membubarkan Kerajaan PH dan menolak Anwar, Mahathir memerlukan sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) seramai 19 orang Ahli Parlimen, dan Warisan serta UPKO Sabah seramai 10 orang Ahli Parlimen.

Jika mereka (GPS, Warisan dan UPKO) menyokong Mahathir, maka kekuatan Mahathir adalah 88 orang Ahli Parlimen, sama seperti Anwar, dan kedua-duanya sama-sama tidak cukup jumlah Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Dalam situasi ini, untuk membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri, Mahathir dan Anwar kedua-duanya memerlukan tambahan 24 orang Ahli Parlimen daripada 46 Ahli Parlimen yang tinggal untuk mencapai majoriti mudah sebanyak 112 daripada 222 orang Ahli Parlimen.

Daripada 46 orang Ahli Parlimen yang tinggal ini, 39 adalah daripada UMNO, dua dari MCA, satu MIC, satu PBS, satu PBRS, satu STAR dan satu Bebas.

Mereka-mereka ini akan menjadi penentu siapa yang akan membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri pintu belakang.

Jika dilihat keadaan di atas, sebenarnya SITUASI MAHATHIR KINI ADALAH LEBIH TERDESAK berbanding Anwar.

Kerana jika diperhalusi, terdapat banyak komplikasi jika Mahathir memilih untuk mengorak langkah kerajaan pintu belakang ini.

Untuk mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen GPS dan Warisan, Mahathir perlu memberi perhatian serius ke atas tuntutan-tuntutan mereka, sebagai contoh tuntutan tambahan royalti minyak dan gas untuk Sabah dan Sarawak.

Di kala harga minyak jatuh serendah USD 60 setong kini dan pendapatan kerajaan dan ekonomi yang merudum, adalah sukar untuk Mahathir menunaikan tuntutan ini.

Dan jika pun Mahathir berjaya mendapat kesemua 33 Ahli Parlimen GPS, Warisan, UPKO, STAR, PBS, PBRS dan Bebas, dia masih perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 20 orang Ahli Parlimen daripada UMNO dan Barisan Nasional.

Namun tidak semua Ahli Parlimen GPS dan Warisan menyokong Mahathir.

Dan Ahli-ahli Parlimen STAR, PBS dan PBRS besar kemungkinan tidak akan selesa berada dalam satu gabungan dengan Ahli-ahli Parlimen Warisan.

Dan tidak sampai separuh daripada Ahli Parlimen UMNO (dan akar umbi UMNO) yang menyokong Mahathir atau Anwar.

Rata-rata akar umbi UMNO tidak menyokong Mahathir atau Anwar, namun mahu BN kembali berkuasa secara bermaruah melalui pilihanraya berbanding melalui membentuk kerajaan dengan cara pintu belakang.

Sekiranya separuh Ahli Parlimen UMNO menyokong Mahathir dan separuh lagi menentang, UMNO akan berpecah dua SEBAGAIMANA MAHATHIR MEMECAHBELAHKAN PKR KEPADA DUA PUAK sebelum ini.

Mungkin ini sebenarnya yang Mahathir mahu dengan langkah muslihat ini.

Namun walaupun ini berlaku (UMNO berpecah), besar kemungkinan Mahathir masih tidak akan dapat cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Jika dia keluar dari PH, belum tentu dia boleh membentuk kerajaan baru dan kekal sebagai Perdana Menteri.

Memandangkan DIA KINI SEDANG TERDESAK UNTUK MENGEKALKAN KUASANYA, sekiranya dia ingin berunding dengan sesiapa termasuk dengan GPS, Warisan atau UMNO dan Barisan Nasional, kepada parti-parti ini, langkah yang bijak ialah membiarkan dia (Mahathir) datang dengan membawa cadangannya kepada anda, pihak yang dia terdesak ingin mendapatkan sokongan, dan bukannya sebaliknya.

Anda tidak perlu pergi menghadap Mahathir seperti yang dia mahukan.

Anda boleh pertimbang untuk menerima atau menolak cadangannya apabila dia datang.

Namun JIKA DIA (MAHATHIR) MASIH EGO dan tidak mahu merendah diri walaupun di kala terdesak, maka ada satu lagi pilihan yang ada kepadanya: iaitu MEMBUBARKAN PARLIMEN dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan tampok pemerintahan kerajaan.

Pilihan ini adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Namun jika Mahathir masih ketegak untuk membentuk kerajaan melalui pintu belakang dan bukan melalui pembubaran Parlimen dan pilihanraya, kerajaan tersebut tidak akan bertahan lama.

Ini kerana rakyat akan menghukumnya (dan partinya) dalam pilihanraya akan datang.

Rakyat telah dan sedangpun menghukumnya dan partinya jika dilihat berdasarkan keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil kebelakangan ini.

Dengan memilih untuk MEMBENTUK KERAJAAN MELALUI PINTU BELAKANG UNTUK MENYELAMATKAN TENGKOKNYA, dia (Mahathir) akan MENGKHIANATI HAK RAKYAT untuk menentukan kerajaan melalui proses pilihanraya dalam sistem demokrasi dan memilih untuk mendahulukan kepentingan dirinya sendiri.

Saya TELAH MENGKAJI MAHATHIR SEJAK BERPULUH TAHUN. Semua langkah dan penulisan serta bukunya sejak dahulu kala saya telah baca, termasuk banyak buku yang ditulis berkenaannya.

MAHATHIR SEORANG YANG CERDIK WALAUPUN ZALIM.

Hakikatnya, Mahathir tentunya tahu bahawa dia menghadapi kesukaran untuk membentuk gabungan kerajaan baru melalui pintu belakang dan kekal menjadi Perdana Menteri jika dia meninggalkan PH dengan kekuatan sedia ada yang hanya berjumlah 59 orang Ahli Parlimen.

Sebab itu besar kemungkinan dia tidak akan mengorak langkah meninggalkan PH.

Dan dia juga tidak mahu membubarkan Parlimen jika ada pilihan lain.

MAHATHIR BUKANLAH SEORANG YANG BERPRINSIP.

Dia tidak kisah untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja sama ada DAP atau musuh ketatnya UNTUK MENGEKALKAN KUASA DAN KEPENTINGAN DIRINYA.

Adalah lebih mudah untuk dia (Mahathir) menjaga hanya 6 orang ahli Majlis Presiden PH dari DAP untuk mengekalkan kuasanya, daripada mengambil risiko dan berperang memanjat bukit untuk membentuk kerajaan baru.

SAYA TIDAK PERCAYA KEPADA MAHATHIR.
SAYA JUGA TIDAK PERCAYA KEPADA ANWAR.

Pada saya KEDUA-DUA MEREKA INI SEPATUTNYA SUDAH BERSARA.

Sebab MEREKA TELAH BANYAK MEMBAWA BENCANA KEPADA POLITIK DAN EKONOMI MALAYSIA selama ini.
Zaman mereka sudah berlalu dua puluh tahun yang dulu.

Mereka patut memberi peluang kepada pelapis baru untuk menerajui negara dengan idealisme-idealisme yang baru.

Saya juga banyak belajar politik daripada DATO' SERI NAJIB. POLITIKNYA HALUS DAN BIJAK, SETARAF DENGAN MAHATHIR TETAPI TIDAK ZALIM seperti Mahathir.

Salah satu perkara yang Dato' Seri Najib ajar saya ialah sesuatu langkah politik itu ada banyak lapisannya.

Kadangkala kita perlu baca sedalam lapisan ketujuh untuk mendapat gambaran yang sebenar, dan untuk mengelak daripada jerangkap samar.

ISHAM JALIL
4 Februari 2020

Rujukan: KLIK DISINI

Khamis, 21 Mac 2019

TERLALU HEBAT MENGHINA, MEMFITNAH ULAMA' !!!


Hasil siasatan SPRM membuktikan 'bayaran' RM1.4 juta bukanlah bayaran untuk penyelesaian di luar mahkamah terhadap kes saman fitnah DS TG Hj. Hadi terhadap Clare Brown berhubung dakwaan Sarawak Report PAS menerima rasuah dari UMNO sebanyak RM90 juta...

Ibarat
SENJATA MAKAN TUAN, cubaan DS Anwar Ibrahim untuk memfitnah TG Hj. Hadi dan PAS telah di buka hijab kebenarannya oleh Allah SWT...

Mungkin inilah kifarah hasil dari solat hajat dan doa dari orang yang teraniaya...

Akhirnya
fitnah yang di lemparkan terhadap TG Hj. Hadi dan PAS berbalik pada pihak yang menabur fitnah iaitu Anwar dan Clare...
Terperangkap dengan jerat yang di pasang sendiri, Anwar terpaksa mengakui Rameli Musa adalah kawan beliau tetapi kononnya mereka sudah lama tidak berhubung dan Rameli juga agalah kawan kepada TG Hj. Hadi...

Kalau pun Rameli pernah mengenali @ memang kawan kepada TG Hj. Hadi, ianya tidak boleh menjadi bukti yang kukuh untuk buktikan kesalahan TG Hj. Hadi seperti yang di dakwa Anwar...

Rameli ialah seorang ahli koperat...

Di samping mempunyai hubungan yang baik dengan TG Hj. Hadi dan Anwar sendiri, Rameli juga mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin2 utama negara seperti Tun Mahathir dan Tun Daim...

Bersambung dan KLIK DISINI

Khamis, 17 Mei 2018

ANWAR VERSI UMNO LAMA?

MAHU RAMPAS KELANTAN DAN TERENGGANU, ini kata-kata Anwar Ibrahim di pentas pertama di himpunan 16 Mei selepas diberi pengampunan penuh oleh Istana Negara berkaitan kes liwat pembantunya, Saiful Bukharui Azlan.
KATA-KATA ANGKUH ini sebaik bebas dari tirai besi, sedikit pun tidak melihat sejarah silam bila aibnya dijaja Tun Dr Mahathir Mohammad era reformasi.

Benar beliau maafkan Mahathir hatta Najib tanpa dendam dalam aib kes liwat, ini suatu sifat mulia, tetapi apakah dosa PAS yang dapat suara majoriti rakyat di Terengganu dan Kelantan hingga tiba-tiba ayat kesumat versi Umno lama terungkap di mulut bekas Timbalan Presiden Umno ini?
Apakah ini tarbiyah dalam tirai besi versi pembebasan di era Tun Mahathir menjadikan Anwar kembali menjadi angkuh menjarah dendam politik tatkala rakyat amat berharap Umno versi lama tidak masuk menjiwai PH.
Nampak gayanya, belum pun penat bersemayam di tirai besi berlabuh, dia memenatkan rakyat yang dahulu turun jalan raya, meletak badan sebagai perisai, darah, luka, dihumban ke black maria, di lock up, malah ada yang hilang kerjaya kerana membela aibnya, kini dia bersama sang penguasa yang berjaya mengaibnya semusim reformasi dahulu.
Suara Anwar kembali garang menelan ganas bara kuasa, wajahnya terpampang bersama diktator tua yang dahulu memenjaranya.
Dia lupa, kenyataannya itu bagaikan singa lapar yang pulang ke kandang asalnya yang bernama Umno versi lama.
Suatu masa lalu, dia pernah menghentam rapat Mahathir dan Najib, dia duduk di pentas PAS mencari rakan pembela.
Ya benarlah ijtihad Tuan Guru Abdul Hadi Awang, putus dengan PKR ini satu yang tepat, kerana kita semua dapat melihat sifat sebenar pengemudi PKR yang kini bersama sang penguasa menafi suara demokrasi rakyat di Pantai Timur. Maka tiada bezanya kerajaan PH yang ada dengan versi Umno lama. – HARAKAHDAILY 17/5/2018


Jumaat, 27 April 2018

#PRU14#: TUN MAHATHIR DAN ANWAR HALANG PENTADBIRAN ISLAM


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa sebagai DUA INDIVIDU penting yang MENGHALANG PENTADBIRAN ISLAM dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran PAS meluluskan undang-undang jenayah syariah yang bersifat mendidik masyarakat, masing-masing pada awal serta penghujung 1990-an.

Beliau berkata, bagaimanapun mereka tidak dapat melaksanakannya kerana ditentang oleh Dr Mahathir dan Anwar yang ketika itu adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Tiba-tiba bila dah lulus, Dr Mahathir hantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi amaran supaya jangan laksanakan... kalau laksanakan undang-undang itu, Kerajaan Pusat akan bertindak.

Rabu, 4 Oktober 2017

TELUNJUK MAHATHIR LURUS TAPI PENUH DENGAN NAJIS

Empat parti politik – DAP, PPBM, PKR dan Amanah BERLAGAK sebagai sebuah entiti politik berpadu seperti Umno-BN demi menumbangkan perikatan politik yang sudah dijalin sejak enam puluh tahun lalu itu. Bagaimanapun lakonan itu tidak jujur.
Mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah parti politik hanya pementasan sandiwara politik yang menakutkan dan boleh menghunjamkan negara ke lembah kehinaan kerana cuba memutarbelit keluhuran sistem demokrasi demi mencapai matlamat politik. 

Pertama, PH menghadapi krisis saling tidak mempercayai di antara anggota mereka. Contoh paling jelas ialah apabila PH mengambil pendirian tidak mahu PAS menjadi kerabatnya, PKR bertindak sebaliknya. 

Kedua, PH juga mempamerkan nilai politik yang buruk dalam percubaan meniru perpaduan Umno-BN kerana ia lebih cenderung menebarkan jaring propagandanya yang berpaksikan putar belit fakta dan fitnah. 

Justeru, serahkan pada pemimpin-pemimpin PH untuk memberi intepretasi apa jua gerak kerja kerajaan Umno-BN dan mereka akan mampu memberi tafsiran politik menggiurkan untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan

Tidak kira sama ada pengamatan PH itu bersandarkan fakta atau emosi dan mungkin juga tipu daya, yang penting tidak mungkin bacaan politik mereka akan memuji apatah lagi memihak pada kerajaan. Itu hakikat.
Misalnya, dalam isu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat minggu lalu berikutan jemputan presidennya Donald Trump. PH cuba meremehkannya dengan mengatakan pertemuan itu berlangsung tidak sampai enam minit.

Khamis, 31 Mac 2016

NAK GULINGKAN NAJIB ATAU NAK JUMPA ANWAR DIPENJARA ???

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mahu melakukan protes telanjang sambil berjalan dari stadium Shah Alam hingga Bukit Jalil.

Mengakui tindakan itu sebagai perbuatan bodoh, Halim Osman menerusi status yang dimuatnaik di Facebooknya berkata, dia tetap mahu mencabar dirinya, sekiranya dengan cara itu dapat menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berjalan telanjang dari stadium Shah Alam ke Stadium Bukit Jalil jika dengan cara bodoh boleh menurunkan DS Najib,”katanya.

Selasa, 16 Februari 2016

Mahathir, Anwar bersatu kembali di penjara?

Di tengah-tengah asakan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, veteran DAP membangkitkan persoalan sama ada nasib Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan berakhir di penjara.

Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang membangkitkan sama ada Mahathir akan mengikut jejak langkah musuh politiknya sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah Mahathir akan berakhir dalam sel sebelah Anwar di penjara selepas kenyataan mengejutkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak?” soal Lim.

Salleh kelmarin berkata jika idea Mahathir bahawa gaya hidup mewah boleh digunakan sebagai bukti rasuah, maka bekas perdana menteri itu sendiri mungkin akan masuk penjara.

Khamis, 5 Februari 2015

HADI YAKIN ANWAR AKAN DIPENJARAKAN?


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diatur pada Ahad, 8 Feb, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini.
Anwar dilaporkan Bernama berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah bersetuju untuk hadir pada mesyuarat tersebut.
Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai, Kemaman, Terengganu Selasa malam, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju PR sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Selasa, 28 Oktober 2014

SI KETUM DAN JIJAH KIPAS MENGAMUK DI UM SEBELUM MASUK PENJARA ?


PETALING JAYA: Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada Isnin malam.



Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam - (Sumber) itu, kumpulan tersebut berjaya merempuh masuk pintu arah Bangsar selepas ia dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...