Memaparkan catatan dengan label Majlis Berbuka Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Berbuka Puasa. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa PP Dun Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK/Ketua Pemuda/Wanita/Puteri


Rhu Rendang 17/08/2012 - Majlis perjumpaan bulanan dan berbuka puasa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK, Ketua Wanita/Pemuda/Puteri UMNO telah diadakan pada petang ini di Rhu Muda Beach Resort, Marang, Terengganu.

Seramai lebih kurang 50 orang hadir dimajlis yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim, berlebih-lebih lagi menjelangnya hari lebaran. Turut hadir En. Anuar bin Yahya, Tim Peg. Pembangunan DUN Rhu Rendang selaku Pengerusi APMT Daerah Marang.

Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dimajlis yang serba ringkas tetapi penuh bermakna bagi DUN Rhu Rendang.

Selasa, 31 Julai 2012

Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang / NGO


Rhu Rendang 30/07/2012 - Program majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Dun Rhu Rendang bersama NGO telah diadakan di Marang Village Resort & SPA, Kelulut, Marang, Terengganu.

Majlis dihadiri Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Ketua Pemuda UMNO Marang, En. Saiful Bahari, Ketua Pemuda UMNO Dun Rhu Rendang - En. Zaidi Awang dan beberapa orang NGO.

Seramai 200 orang hadir dimajlis yang diadakan.

 
 
 
Paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI

Jumaat, 26 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK SETEMPAT DAN RAKAN-RAKAN DUN RHU RENDANG


RHU RENDANG 25/08/2011 - Masyarakat setempat serta rakan-rakan karib tidak dilupakan , Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dikediaman beliau di Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.  Tidak dilupakan juga, sanak saudara-mara terdekat untuk sama-sama menjamu selera di majlis yang diadakan.

Rabu, 24 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA JKKK/PEMUDA/WANITA/PUTERI UMNO DUN RHU RENDANG


RHU RENDANG 24/8/2011 - Memberkati lagi didalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama JKKK, Pemuda/Wanita/Puteri UMNO DUN Rhu Rendang, dirumahnya di Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...