Memaparkan catatan dengan label Pemuda UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda UMNO. Papar semua catatan

Khamis, 6 Disember 2018

#ICERD: PEMUDA UMNO, UNIT AMAL PAS BERGABUNG


SHAH ALAM - Seramai 5,000 PEMUDA UMNO DAN JABATAN AMAL PAS (UNIT AMAL) AKAN DIGERAKKAN pada himpunan ummah bersempana kejayaan membantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
 
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memastikan kelancaran dan keamanan sepanjang himpunan berlangsung pada Sabtu ini.

"Kira-kira 5000 Pemuda Umno dan Jabatan Amal Pas akan bergandingan dan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kami meminta agar rakyat Malaysia DAPAT BERHIMPUN DENGAN AMAN DAN TIDAK MENCETUSKAN SEBARANG UNSUR PERKAUMAN mahupun menyentuh sensitiviti mana-mana agama," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Asyraf, pihaknya akan memastikan sebarang bentuk provokasi sama ada melalui perbuatan, poster, laungan dan sorakan yang menyentuh isu-isu perkauman serta agama dilakukan oleh mana-mana individu akan segera diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Kami juga berharap kerjasama semua pihak agar mengambil gambar individu yang tidak bertanggungjawab dan diserahkan kepada pihak keselamatan di samping menjaga disiplin termasuk kebersihan dengan membawa beg plastik sampah," katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa himpunan itu adalah solidariti rakyat bukan sahaja menolak ICERD tetapi membantah apa jua bentuk usaha untuk meruntuhkan keharmonian pelbagai agama dan kaum.

"Ini kerana kita adalah rakyat Malaysia cintakan keamanan yang telah dibina berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan mengikut acuan kita sendiri.

"Justeru Pemuda Umno MEMINTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA BERSOLIDARITI DENGAN BERPAKAIAN PUTIH SELAMA SEHARI dan mengibarkan bendera Malaysia sebagai tanda kecintaan kepada keamanan dan keharmonian pelbagai agama serta kaum," katanya.

Rujukan: KLIK DISINI

Isnin, 14 Oktober 2013

Semua Sayap Umno Terengganu Diterajui Muka Baharu, kecuali Wanita



KUALA TERENGGANU: Pemilihan 32 jawatankuasa sayap parti di Terengganu semalam menyaksikan kesemua calon yang memenangi jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri di semua lapan bahagian Terengganu dibarisi 100 peratus muka baharu.
Bagi jawatan Ketua Wanita dan Naib Ketua Wanita pula, dari 16 calon terpilih, hanya lima daripadanya muka lama manakala 11 lagi yang menang ialah calon muka baharu.
Lima muka lama yang menang ialah Datuk Fatimah Hamat (Hulu Terengganu), Toh Puan Zaitun Mat Amin (Marang), Zainun Abu Bakar (Dungun), Senator Rohani Abdullah (Kemaman) dan Faridah Akmal A Latif (Naib Ketua Dungun).
Ia juga menyaksikan sedikit kejutan apabila beberapa tokoh calon orang lama yang pernah terpilih sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada pilihan raya umum kecundang pada pemilihan parti kali ini.

Rabu, 27 Mac 2013

Kemelut Makin Parah, Pas Bakal Masuk Gelanggang PRU 13 Serba Tempang


KUALA TERENGGANU 27 Mac – Kemelut dalaman yang melanda Pas ketika ini bukan saja makin parah di Kedah tetapi turut melanda beberapa negeri lain termasuk Terengganu
Justeru Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu,  Badrolhisham Zaki percaya Pas kali ini akan menyertai pilihanraya umum ke 13 dalam keadaan serba tempang.
“Ini bukan lagi satu rahsia… masing-masing dalam Pas bercakap soal calon…dan masing-masing juga bercakap soal pembahagian kerusi dan macam-macam lagi. Jika dulunya mereka mengatakan UMNO dan BN penuh dengan masalah, hari ini apa jadi kepada mereka.
“Bak kata pepatah tepuk air di dalam dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri. Ini belum lagi kekecewaan ahli-ahli Pas peringkat akar umbi terhadap tindak tanduk kepimpinan atasan mereka yang dilihat sudah tidak ada pendirian dan dicucuk hidung oleh rakan pakatan pembangkang mereka sendiri,” katanya kepada MediaUMNO di sini.

Isnin, 7 Januari 2013

Pemimpin mendekati pemuda harapan bangsa



Rhu Rendang 05/01/2013 - Orang dewasa dan orang tua janganlah melupai sejarah mereka sendiri sewaktu berusia muda. Tidaklah rugi untuk menyantuni orang muda dengan penuh hikmah. Lagi pun,  khidmat dan layanan orang muda juga yang didambakan apabila kaum dewasa makin dimamah usia, serta tidak lagi berdaya!

Pancaroba yang menanti generasi muda bukan sedikit. Pengaruh hedonisme dan aliran pemikiran ekstrem perlu diawasi. Begitu pun, generasi dewasa tidak seyogia terlalu keras dalam urusan yang melibatkan anak-anak muda ini jika tidak mahu mereka menjauhkan diri.

Rabu, 2 Januari 2013

AMBANG 2013 PEMUDA DAN PUTERI DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 31/12/2012 - Pemuda dan Puteri UMNO DUN Rhu Rendang telah mengadakan Jamuan Ambang 2013 bersama-sama Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Turut hadir di majlis tersebut Ketua Pemuda UMNO Negeri En. Saiful Bahari serta semua Ketua-Ketua Cawangan DUN Rhu Rendang.

Selasa, 1 Januari 2013

Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Fasa 3 dan 4/2013


Rhu Rendang 31/12/2012 - Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Fasa ke 3 dan 4 berlangsung pada hari ini di Dewan Utama Majlis Daerah Marang. Program melibatkan keluarga dibeberapa buah kampong di Mukim Bandar Marang dan Rusila, melibatkan sejumlah 997 keluarga.

Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan dibantu oleh Ketua dan Tim. Ketua Pemuda DUN serta petugas APMT.

Sabtu, 15 September 2012

Sayap UMNO perlu kembalikan kekuatan parti


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan kesemua sayap UMNO untuk bersama-sama mengembalikan kekuatan parti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata anggota setiap sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memainkan peranan penting untuk menentukan kelangsungan UMNO sebagai parti yang berwibawa.

"Kita amat menghargai peranan, khidmat bakti dan sumbangan setiap sayap UMNO. Kalau semua mainkan peranan, saya percaya kita dapat laksanakan dasar yang inklusif dan berkesan meliputi semua kelompok masyarakat.

Isnin, 13 Ogos 2012

Pemuda Umno perhebatkan strategi


Pergerakan Pemuda Umno negeri ini akan terus memperhebatkan gerakan dan strategi untuk mendekati golongan muda dalam usaha meyakinkan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai peneraju negara. 

Ketua pergerakan itu, Encik Saiful Bahari Baharuddin, berkata untuk tujuan itu, program serampang dua mata yang sebelum ini telah dilaksanakan dengan jayanya akan terus dipergiatkan lagi setelah ianya menunjukkan kejayaan memberangsangkan. 

“Pelbagai program seperti seperti kelab permotoran di setiap Parlimen, program kebajikan, kesukanan serta lain-lain program yang menepati cita rasa golongan muda akan diteliti sebaik mungkin.


“Pendekatan itu penting dalam usaha mendekati anak-anak muda yang merupakan penentu kepada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Katanya, pihaknya sedar golongan ini adalah faktor penentu kepada PRU dan kita juga ambil maklum bukan sahaja BN yang akan cuba mendekati golongan tersebut, malah kalangan parti-parti pembangkang.

“Sebab itulah saya tekankan tadi, pentingnya program yang menepati citarasa mereka dan bukannya program syok sendiri. Perkara ini turut diingatkan oleh pucuk pimpinan dan ianya seiring dengan prinsip Pemuda Umno itu sendiri

Isnin, 16 April 2012

SIKAP BIADAP DAN KURANG AJAR PESERTA DEMONSTRASI !!!


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...