Memaparkan catatan dengan label Pemilihan UMNO 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemilihan UMNO 2013. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013

Pemilihan Umno: Sokongan Akar Umbi Terhadap Hishammuddin Diragui

PETALING JAYA: Menjelangnya pemilihan peringkat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Sabtu melihatkan masa depan politik penyandang Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diragui ekoran beliau tidak lagi dilihat sebagai pilihan akar umbi.
Walaupun trend mengundi dalam pemilihan Sabtu lalu daripada tiga sayap menunjukkan penyandang kini mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mempertahankan jawatan, namun senario ini mungkin berbeza pemilihan MT dengan tanda-tanda akar umbi akan memilih calon baru pada Sabtu ini.
"Hishammuddin dilihat sebagai menteri yang lemah, terutamanya apabila beliau memegang portfolio Menteri Dalam Negeri," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selayang, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi The Star Online.
Hasnal Rezua menyifatkan Hishammuddin hanya memimpin dengan "cara yang selamat" dalam dasar membuat keputusan dan tidak segera menyelesaikan masalah.
"Sebagai contoh, beliau tidak tegas dalam mengambil pendirian terhadap penunjuk perasaan Bersih dan mereka yang melanggar undang-undang, berbanding dengan Menteri Dalam Negeri sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya.
Beliau berkata, prestasi calon dalam Kabinet akan menjadi petunjuk utama dalam menentukan undi daripada akar umbi.
"Kata-kata daripada akar umbi memberitahu saya bahawa mereka mungkin akan mengekalkan dua penyandang, Zahid, kerana vokal dan ketegasannya dan Datuk Seri Shafie Apdal, kerana menerima sokongan besar dari Sabah, negeri asalnya," katanya.
KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

Isnin, 14 Oktober 2013

Empat bahagian Terengganu dijangka sengit

KUALA TERENGGANU - Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Umno 2013 bagi jawatankuasa Bahagian di Terengganu yang akan berlangsung Sabtu ini dijangka lebih sengit berbanding pemilihan tiga sayap parti semalam. 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu Datuk Muda Mamat berkata, pihaknya menjangka empat bahagian akan menghadapi persaingan sengit iaitu di Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus.

"Ini kerana pertandingan di keempat-empat bahagian itu agak 'panas' kerana calon yang bertanding semuanya mempunyai penyokong kuat masing-masing dan peluang mereka juga agak seimbang kerana keistimewaan tersendiri.

Ahad, 13 Oktober 2013

UMNO Tempa Sejarah Dengan Sistem Pemilihan Baru

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat hari ini dapat melihat UMNO telah menempa sejarah dalam sistem pemilihan parti yang baharu.
Katanya, sistem “electoral college” di mana satu bahagian memiliki satu undi lebih mencerminkan pandangan ahli secara menyeluruh.
Dan ini, katanya, secara langsung menunjukkan UMNO bukan lagi sekadar kuasa di tangan segelintir perwakilan.
“Saya percaya UMNO menjadi pengorak trend. Transformasi ini benar-benar meremajakan UMNO. Parti lain dilihat kuno dan ketinggalan,” katanya kepada Bernama TV.
Ahmad Shabery berkata demikian sebagai mengulas proses pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di 191 UMNO bahagian membabitkan 183 calon hari ini.

Sabtu, 12 Oktober 2013

48 calon Umno Terengganu menang tanpa bertanding



KUALA TERENGGANU - Seramai 48 calon pemilihan jawatankuasa peringkat sayap Umno Bahagian negeri Terengganu menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.

Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu Datuk Muda Mamat berkata keputusan itu melibatkan pemilihan bagi 138 jawatan utama dalam tiga sayap di lapan Umno Bahagian seluruh Terengganu.
    
Beliau berkata mengikut pecahan, pemilihan Wanita Umno bahagian di negeri itu menyaksikan tiga calon Ketua Wanita Bahagian iaitu Marang, Hulu Terengganu dan Besut menang tanpa bertanding, Naib Ketua Wanita (tiga calon) iaitu dari Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...