SABAK BERNAM,
22 Disember: Beberapa kawasan pertanian di daerah ini diserang puting
beliung pada Ahad.
Menurut sumber dari BH Online, fenomena
itu melanda kawasan sawah di tujuh kampung di daerah ini, kira-kira jam 5.40
petang membabitkan Kampung Parit Lapan Gambut, Kampung Parit Satu Barat,
Kampung Parit Dua SHD, Kampung Panchang Bedena, Kampung Parit Empat SHD,
Kampung Parit Enam dan Kampung Sungai Nipah Baroh.
Menurut, Komander Operasi Kanan Bomba
Selangor, Mohd. Hissam Sidik, berkata pihaknya bagaimanapun tidak menerima
sebarang maklumat mengenai kerosakan rumah dan harta benda serta kecederaan
yang dialami penduduk kampung ekoran kejadian itu.
“Setakat ini, kejadian dipercayai hanya
berlaku di kawasan lapang dan tidak membabitkan rumah penduduk kampung.
“Bomba juga akan terus memantau
sekiranya menerima maklumat kejadian ini kembali berulang,” katanya.