Ling
Liong Sik berkata MCA tidak menerima sebarang
pembiayaan politik daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau mempimpin parti itu
antara 1986 hingga 2003.
Bekas presiden MCA itu
berkata, parti berasaskan kaum Cina itu cukup kaya dan boleh membiayai
dana politiknya sendiri.
"Saya tidak menerima
wang dari Tun M," katanya pada sidang akhbar di kampus Universiti Tunku
Abdul Rahman (Utar) di Sungai Long hari ini.
Ditanya apa nasihat yang akan
diberi kepada kepimpinan parti sekarang, Ling berkata: "Mereka sudah
cukap pandai untuk lakukan apa yang mereka perlu lakukan."