Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Polis
Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang pegawai SPRM kerana
disyaki meminta wang dari anggota polis.
Dalam satu kenyataan hari
ini, SPRM menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kesalahan
pegawai terbabit yang dilakukan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
"Perbuatan seumpama itu
sama sekali tidak mewakili suruhanjaya yang sentiasa mendukung prinsip
undang-undang dan Perlembagaan negara dalam melaksanakan setiap tanggungjawab
yang diamanahkan," katanya.
Justeru, SPRM mengalu-alukan
tindakan tegas pihak polis dalam melaksanakan penahanan itu dan tidak akan
mencampuri siasatan yang dijalankan.
Ekoran kejadian tersebut, katanya SPRM akan melakukan pemeriksaan dalaman yang
tegas terhadap semua pegawai bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada
masa akan datang.
"Pendirian SPRM tidak
akan berganjak walaupun seinci sekiranya terdapat pegawai sendiri melakukan
jenayah sedemikian dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang
melakukan kesalahan yang mencemarkan reputasi dan nama baik SPRM,"
katanya.
Sumber: KLIK DISINI