Isnin, 12 Jun 2017

SI MATA BATU HIDUP LAGI RUPANYA ???

Ambiga Mahu Rakyat Undi Juga Pakatan Yang Tidak Cekap Kerana Mahukan Perubahan

Ambiga baru saja berkata bahawa beliau berat sebelah dan meminta pengundi untuk mengundi Pakatan walaupun beliau menyatakan bahawa Pakatan tidak cekap/kompeten dan menjengkelkan atas alasan “perubahan adalah satu kemestian”.
Tidak kompeten atau incompetence, bermaksud individu atau kumpulan manusia yang dikaitkan dengannya sebagai tidak berupaya melaksanakan tugas/amanah yang diberikan kepada mereka untuk melaksanakannya.

Pada dasarnya, beliau meminta orang ramai dengan sengaja menurunkan taraf kerajaan yang mempunyai rekod prestasi yang bagus kepada sekumpulan orang yang tidak cekap yang beliau dapati menjengkelkan dan taksub untuk menjadi Perdana Menteri.

“Tidak kira betapa tidak cekapnya mereka (Pakatan), kita masih akan mengundi mereka kerana kita mahu melihat perubahan. Jangan ambil ringan perkara itu,” kata Ambiga.
Beliau juga menggesa pengundi untuk mengundi pembangkang pada PRU14.
“Saya tahu ramai yang marah dengan pembangkang dan saya juga begitu tetapi perubahan adalah satu kemestian. Saya berat sebelah bukan kerana saya memihak kepada pembangkang tetapi kerana sebuah kerajaan yang telah berada di sana selama lebih 60 tahun tidak boleh ada di sana lagi,” kata Ambiga.
Tahap ketaksuban Ambiga sangat cetek dan berbahaya.
Tadbir urus pemerintahan bukannya boleh “cuba-cuba” dan lihat apa yang berlaku. Ini sukar dipercayai.
Jika anda sudah tahu pihak yang lagi satu adalah tidak cekap, anda tidak boleh senang-senang saja mengundi sekumpulan manusia yang tidak cekap, menjengkelkan dan tidak stabil untuk menggantikan kerajaan sedia ada yang stabil dengan rekod yang baik.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...