Rabu, 30 Ogos 2017

MUKTAMAD PH TAK AKAN BEKERJASAMA PARTI HADI AWANG

Pendirian Majlis Presiden Pakatan Harapan berkenaan kerjasama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah seperti berikut:
1) Pakatan Harapan tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14); dan
2) Pakatan Harapan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14.
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad – Pengerusi Pakatan Harapan | YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden Pakatan Harapan | YB Tan Sri Muhyiddin Yassin – Timbalan Presiden Pakatan Harapan | YAB Lim Guan Eng – Timbalan Presiden Pakatan Harapan | YBhg Hj Mohamad Sabu – Timbalan Presiden Pakatan Harapan

Isnin, 28 Ogos 2017

TERPAKSA MINTA BANTUAN BOMBA TANGGALKAN CAWAN BEKAM

Seorang lelaki di Beijing, China menghadapi detik-detik cemas apabila terpaksa mendapatkan khidmat bomba bagi menanggalkan cawan bekam yang melekat terlalu kuat pada bahagian belakangnya.
Hu, di lapor melakukan rawatan tradisional itu sendiri dirumahnya di wilayah Hunan pada Selasa lalu dengan bantuan isterinya. Walaubagaimanapun, isterinya telah melekapkan cawan bekam itu terlalu kuat hingga tidak dapat ditanggalkan.
Akibatnya, bahagian belakang Hu yang dibekam itu bertukar menjadi bengkak dan merah. Isteri Hu yang panik telah mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan tukul untuk menanggalkan cawan bekam tersebut, namun tidak berhasil.

Ahad, 27 Ogos 2017

DAP TUDUH PAS UMPAMA MAT JENIN ???

Pas dinasihatkan supaya tidak berangan-angan seperti Mat Jenin dengan mendakwa mereka dapat menembusi kubu kuat Umno-BN di Kepala Batas dengan mudah.
Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata, dakwaan bahawa Pas akan memberi saingan yang hebat dan sengit kepada pihak lawan bukanlah suatu perkara mudah sepertimana yang dilaung-laungkan.
"Bukan sesuatu yang begitu mudah untuk menembusi kerusi Parlimen Kepala Batas yang begitu amat sinonim dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Kemungkinan besar apa yang mereka impikan hanya umpama angan-angan Mat Jenin sahaja.
"Pakatan Harapan pula menerima sambutan luar biasa semasa kehadiran Tun Mahathir di Kepala Batas baru-baru ini, " katanya mengulas mengenai keyakinan Pas untuk merampas Parlimen Kepala Batas daripada BN dalam pilihan raya umum ke-14.

Selasa, 22 Ogos 2017

AMANAH MASIH BAYI DAN TAK TAHU APA-APA

LAGI TAMPARAN UNTUK AMANAH DARI DAP DAN PKR
Paling menarik dalam espisod pergaduhan antara Elizabeth Wong, atau Wong Keat Ping, iaitu Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR selain daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N37 Bukit Lanjan merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, dan Tony Pua, atau Pua Kiam Wee, iaitu Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP merangkap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP selain daripada Ahli Parlimen P106 Petaling Jaya Utara, mengenai tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, membuka pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS adalah tanggapan negatif mereka terhadap AMANAH.
Kata-kata Tony Pua bahawa persefahaman politik dengan PAS adalah tidak perlu kerana undi Melayu yang dibekalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan PPBM adalah lebih dari mencukupi untuk menampung kehilangan undi Melayu yang dibekalkan oleh PAS adalah satu tamparan yang hebat terhadap AMANAH.

Ahad, 20 Ogos 2017

MAHATHIR UMPAMA BOTOL MINERAL KOSONG ???

Bagan Serai, 19 Ogos — Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan anggota parti supaya tidak menjadi seperti botol air mineral yang dibuang selepas ia kosong.
Timbalan Perdana Menteri berkata botol mineral kosong itu ibarat seseorang yang tidak lagi mempunyai jawatan akhirnya dilupakan kerana perbuatannya sendiri.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid mahu anggota parti menjadi seperti gelas yang disimpan rapi di dalam almari walaupun setelah air di dalamnya habis.
“Air di dalam (botol atau gelas) umpama jawatan dan pangkat. Jadilah tokoh walau tidak ada jawatan orang masih guna pakai seperti gelas yang mana jika air habis (gelas) disimpan di dalam almari dan bukan seperti botol air mineral apabila habis orang buang.
“Jadilah seperti bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein walaupun tempoh kepimpinannya sebagai perdana menteri terlalu singkat namun, orang masih kenang.

Sabtu, 19 Ogos 2017

ECRL: WAJAR DISOKONG DEMI KEMUDAHAN RAKYAT

IDEA yang baik daripada kerajaan demi meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat dan negara wajar dilihat dengan pandangan politik yang matang, demikian menurut Naib Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Datuk Seri Mohamad Badri Abdul Rahman.
Menurut beliau, salah satu inisiatif kerajaan iaitu projek pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan perjalanan dari selatan tanah air hingga ke negeri Kelantan yang akan siap opersai dalam masa beberapa tahun lagi.
"Alhamdulillah akhirnya rakyat Malaysia dan penduduk di Pantai Timur sudah dapat menikmati satu sistem  kenderaan pengangkutan darat awam yang moden buat masa ini mengakhiri penantian selama berpuluh tahun menjadi kenyataan," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, dengan wujudnya sistem pengangkutan ini ia dapat memberi sedikit peningkatan ekonomi untuk kemajuan negeri dan negara dengan kehadiran pelancong asing dan pelancong dalam negeri.

Khamis, 17 Ogos 2017

MUSUH2 POLITIK PAS IRI HATI KEHADIRAN PM DAN YDP PAS PERMATANG PAUH

BERHUBUNG kehadiran Tuan Haji Omar bin Hasan, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh di dalam majlis bersama Perdana Menteri yang ditular oleh musuh-musuh politik PAS pada hari ini, menyerlahkan ketidakmatangan mereka di dalam berpolitik.
Kehadiran beliau ke majlis tersebut dijemput secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan beliau sebagai Pengerusi Masjid Jamek Seberang Jaya dipilih untuk mewakili Pengerusi di 28 buah masjid yang lain di dalam Parlimen Permatang Pauh untuk menerima sumbangan berupa komputer riba dan kewangan untuk kegunaan pentadbiran masjid.
Peluang ini juga diambil kesempatan oleh beliau meyuarakan permasaalahan umat islam dan orang Melayu di Pulau Pinang kepada Perdana Menteri.
Kehadiran beliau ke majlis tersebut telahpun dimaklumkan terlebih dahulu kepada AJK PAS Permatang Pauh, dan telah dipersetujui oleh semua AJK Dewan Harian.

Rabu, 16 Ogos 2017

PAS gesa kerajaan siasat semula insiden Memali

KOTA BARU, 16 Ogos — Naib presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini menggesa agar kerajaan persekutuan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kembali peristiwa BERDARAH Memali untuk menjelaskan isu sebenar yang berlaku semasa kejadian.
Katanya, dahulu lagi telah timbul pelbagai spekulasi dan tuduh-menuduh berhubung peristiwa itu kerana tiada sebarang siasatan telus dijalankan oleh mana-mana pihak.
“Jadi dengan adanya suruhanjaya diraja, kita percaya ia boleh menyelesaikan banyak isu dan boleh menyelesaikan salah tanggapan dan tuduh-menuduh ini... itu yang penting. Once and for all... boleh selesai isu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara lafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah bersama menteri besar Kelantan dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Selasa, 15 Ogos 2017

#Nothing To Hide 2.0: EXCO ARMADA BERTANGGUNGJAWAB

Kekacauan Nothing To Hide 2.0 Adalah Kerja Orang Dalam

Nampaknya bukti-bukti  mula timbul menunjukkan bahawa kekecohan di program Nothing to Hide 2.0 semalam adalah kerja orang dalam. Sama ada orang PPBM sendiri mensabotaj program tersebut apabila soalan-soalan menjadi terlalu sukar bagi Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjawab atau PPBM berpecah teruk di antara Team A dan Team B dan kekecohan itu adalah hasil dari pertelingkahan dalaman.

Mana-mana pun, itu tidak mengubah hakikat bahawa ia adalah kerja orang dalam dan kini mereka cuba menyalahkan UMNO dan mendakwa bahawa UMNO menghantar ejen provokasi untuk mensabotaj majlis itu. Hakikatnya perpecahan dalaman PPBM berlaku sejak awal dahulu sebaik sahaja parti itu dibentuk. Semalam adalah hasil ‘bom jangka’ yang menunggu untuk meletup dan apa yang diperlukan adalah pencetus untuk memulakannya.
Empat soalan asal yang mencetuskan keganasan boleh dilihat di bawah. Pada dasarnya para peserta mahukan Mahathir menjelaskan pendiriannya sekarang mengenai kes liwat Anwar Ibrahim, apakah rancangan PPBM untuk peneroka FELDA, apakah kedudukan dan kekuatan PPBM di dalam Pakatan Harapan memandangkan ia mempunyai bilangan kerusi yang paling sedikit berbanding DAP, dan dalam insiden Memali itu adalah tujuan sebenarnya untuk menahan Ibrahim Libya atau adakah ia satu pembunuhan terancang?
Sebenarnya empat soalan ini adalah yang sukar untuk Mahathir jawab kerana beliau sama ada perlu bercanggah dengan dirinya atau, jika beliau tidak mahu bercanggah dengan dirinya dan ingin mengatakan kebenaran, beliau akan melakukan ‘politik bunuh diri’.

Ahad, 13 Ogos 2017

ADUN PKR DILAYAN SEPERTI PENJENAYAH OLEH PENYOKONG PAKATAN HARAPAN

‘Sekarang Saya Dilayan Seperti Penjenayah’, Kata ADUN PKR Yang Buat Aduan Kilang Haram

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang Norlela Ariffin dari PKR mendakwa beliau dilayan seperti pariah oleh penyokong Pakatan Harapan selepas penahanan EXCO Negeri DAP Phee Boon Poh berkaitan siasatan anti-rasuah.
ADUN PKR itu adalah yang pertama sekali membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sebuah kilang haram yang beroperasi di Kampung Sungai Lembu yang dikaitkan dengan siasatan terhadap Phee Boon Poh.
Norlela terperanjat dengan dakwaan bahawa beliau memainkan peranan dalam penangkapan Phee Boon Poh semalam, dengan mengatakan tindakan SPRM di luar kawalannya.
“Orang ramai berkata mengapa saya tidak menunggu sehingga selepas pilihan raya umum ke-14 untuk mengadu, saya telah menaikkan isu ini sejak 2015, sementara kilang itu telah beroperasi secara haram selama 10 tahun. Sungguh sungguh sedih bahawa saya kini diperlakukan seperti penjenayah, musuh nombor satu rakyat,” katanya kepada Malay Mail Online ketika dihubungi hari ini.

Sabtu, 12 Ogos 2017

ORANG ISLAM YANG TAK TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T

Pada pertengahan bulan April 2017, Dato Seri Najib pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them".

Inilah cara Mahathir, kaedah Machiavelli untuk jatuhkan pesaingnya dan gunakan strategi Nazi, Joseph Goebbels untuk indoktrinasi rakyat dan pengikutnya.

Hari ini Mahathir sudah menjadi Pengerusi kepada Pakatan Harapan. Kalau dilihat betul betul, banyak kenyataan yang dibuat Mahathir sejak balik beraya di London ini, banyak yang mengelirukan sahaja berbanding kebenaran.

Inilah juga yang menjadi ikutan pengikut pengikut Mahathir dan pembangkang di media sosial. Mereka suka menyebar cerita tidak betul hanya bertujuan untuk kelirukan rakyat dan buat rakyat marah pada kerajaan sahaja.

Viral baru baru ini tentang gambar fitnah mesyuarat UMNO tidak mendapat sambutan menerusi paparan gambar kerusi kosong dalam dewan. Gambar yang sama digunakan oleh facebooker pembangkang bernama The Kedah Report, Srikandi Malaya dan Iwan Mohd.

Khamis, 10 Ogos 2017

CINA LIM KIT SIANG DAH TUA NYANYOK PULAK TU....!!!

Apa Najib Jawab Dalam Parlimen Berkaitan Pembelian Scorpene Ketika Jadi Menteri Pertahanan.

Sebaik sahaja berita mengenai siasatan awal Perancis ke atas urusan pembelian kapal selam Scorpene pada tahun 2008 yang melibatkan pegawai-pegawai warga Perancis muncul bulan lepas, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang segera meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.
“Sekiranya kerajaan boleh menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian pertukaran wang asing Bank Negara kira-kira 25 tahun yang lalu, kenapa kerajaan tidak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dalam dakwaan rasuah perjanjian kapal selam Scorpene 15 tahun lalu?” Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataanpada 19 Julai.

Beliau menyuarakan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia menjawab soalan-soalan daripada penggubal undang-undang di Parlimen atas peranannya menandatangani perjanjian Scorpene pada tahun 2002 ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan.
Mungkin Lim Kit Siang sepatutnya selidik terlebih dahulu kerana Najib telah menjawab soalan pembangkang di Parlimen berkenaan pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dari pembuat kapal selam Perancis DCNS.
Kapten Rahmat dalam tulisan terkininya mendedahkan petikan penyata rasmi (hansard) dari sesi Parlimen ke-12 pada tahun 2008.

“Pada tahun 2008, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, dalam jawapannya kepada Wan Azizah, mengesahkan bahawa semua terma dan kelulusan bagi perolehan dua kapal selam Scorpene dan 18 unit jet pejuang telah dibuat mengikut prosedur perolehan Kerajaan dan hanya boleh dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan,” tegas Kapten Rahmat.
Beliau seterusnya menegaskan lagi bahawa Menteri Kewangan yang bertanggungjawab meluluskan perjanjian itu adalah tidak lain tidak bukan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
“Penandatanganan perjanjian untuk membeli kapal selam Scorpene dibuat pada bulan Jun 2002 apabila Perdana Menteri yang sekarang-amnesia juga merupakan Menteri Kewangan,” katanya.
Kapten Rahmat dalam satu tulisan awal telah pun mendedahkan bahawa seluruh urusan Scorpene bermula oleh anak lelaki Mahathir, Mokhzani yang telah mencadangkan idea itu bersama proksi Tun Daim Zainuddin iaitu Ibrahim Mohd Noor.
Idea mereka kemudiannya diambil oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abu Bakar Jamal yang melobi cadangan kapal selam Malaysia kepada Mahathir di sebuah resort tepi pantai di Port Dickson.
Anda boleh membaca keseluruhan cerita di sebalik perjanjian Scorpene yang mengaitkan Mahathir dan Daim dengan sebuah syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd yang mana antara lembaga pengarahnya ialah isteri Abdul Razak Baginda, Mazlina Makhzan dalam pendedahan Kapten Rahmat di sini.

Siasatan Perancis ketika ini tertumpu terhadap dakwaan bahawa pembuat kapal selam Perancis DCNS membayar komisen lebih daripada 114 juta euro (lebih daripada RM579 juta) kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda.
Walau bagaimanapun, seperti mana analisis terperinci mengenai dokumen yang diarkibkan oleh Kapten Rahmat mendedahkan, ia berhenti di sebalik pintu bekas perdana menteri tertentu.
“Sangat menarik perhatian bahawa TLDM telah menghantar kumpulan pegawai pertama untuk latihan kapal selam dengan Tentera Laut Diraja Australia pada tahun 1992. Mereka memperoleh lencana lumba-lumba kapal selam mereka setahun kemudian.
“Dan rasa Menteri Pertahanan yang mana ketika itu yang mencetuskan idea untuk memiliki pasukan kapal selam?”
“Jadi, adakah perancangan untuk Perimekar dihampar seperti permaidani beberapa lama sebelum Perdana Menteri kemudian memberi lampu hijau untuk melaksanakan program kapal selam bagi TLDM?” Kapten Rahmat mendedahkan jejak itu akhirnya membawa kepada Mahathir.

Baca Juga: Apakah Mahathir Tidak Menyedari Pembelian Kapal Selam Scorpene?
Baca Juga: Mahathir Sendiri Lulus Beli Scorpene, Syed Saddiq Bolehlah Ditipu
Baca Juga: Scorpene: AFP, Sumber Laporan Media Pro Pembangkang Telah Padam Artikel Mereka?
Baca Juga: Beli Kapal Selam Bukan Seperti Beli Gula-Gula Di Kedai Mamak
Baca Juga: Scorpene: Bagaimana Pakatan Boleh Melepaskan Mahathir Sekarang?
Baca Juga: Amat Mustahil Bagi Sesiapa Yang Terlibat Dengan Pembelian Scorpene Untuk ‘Lupa’




Rabu, 9 Ogos 2017

PEMIMPIN BERJIWA ISLAM INILAH JAWAPANNYA

PAS Berpuas Hati Dengan Penjelasan 1MDB Mengenai Pelan Rasionalisasi

PAS hari ini berkata mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu dari presiden 1MDB sendiri, Arul Kanda Kandasamy.
Arul Kanda memberikan penerangan kira-kira 2 jam kepada Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma, Ampang pada jam 9.00 pagi tadi.
“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang tersebut.

Isnin, 7 Ogos 2017

PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR ITU LAH MADEY

Rakyat Malaysia mempunyai memori yang sangat pendek dan mudah dimanipulasi.
Sebagai contoh, hujah yang digunakan oleh Pakatan dan DAP sekarang bahawa ia adalah okay untuk berpakat dengan Mahathir kerana ada keperluan mendesak untuk “Selamatkan Malaysia” daripada Najib untuk mengelakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal.
Tetapi masalahnya adalah, setiap PM di Malaysia telah digelar ‘yang paling teruk’ dan setiap kali ada pilihan raya, Pakatan dan DAP juga berkata terdapat keperluan mendesak untuk “Selamatkan Malaysia” daripada “PM terburuk” untuk mengelakkan Malaysia menjadi negara yang gagal.
Ketika Mahathir menjadi PM, beliau juga merupakan PM yang paling teruk dan Pakatan berkata bahawa Mahathir perlu letak jawatan untuk menyelamatkan Malaysia. Dengarkan dan tonton Anwar dan gerakan reformasi beliau di sini yang melaung “Selamatkan Malaysia. Undur Mahathir” pada tahun 1998:

Sabtu, 5 Ogos 2017

LUBANG MADEY KUTTY PECAH LAGI !!!

Mahathir Sendiri Lulus Beli Scorpene, Syed Saddiq Bolehlah Ditipu
Pembelian dua buah kapal selam Scorpene dan sebuah kapal selam latihan mendapat ‘lampu hijau’ oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1995.
Tanpa menamakan nama kedua-dua pemimpin berkenaan, Bekas pegawai penyiasat ketenteraan, pendedahan Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff dipercayai merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada tahun berkenaan.
Abdul Rahmat membidas penafian bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tidak tahu mengenai pembelian Scorpene sungguhpun kontrak pembelian ditandatangani pada 2002 setelah mendapat oleh Dr Mahathir sendiri.
Mahathir boleh memperbodohkan pemuda seperti Ketua Amanda (Armada) Pribumi Syed Sajat (Syed Saddiq). Mereka yang lebih matang mengetahui perkara sebenar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...