KUALA LUMPUR — Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.
Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.