WASHINGTON: Media Amerika Syarikat membuat
pendedahan mengejutkan mengenai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS)
yang didakwa mengumpul dana bagi membiayai kegiatan mereka menerusi penjualan
organ manusia.
Laporan
Media Al-Monitor yang berpangkalan di negara itu menyebut, urusniaga penjualan
organ manusia yang bekalannya diperoleh daripada pejuang yang gugur atau mangsa
culik itu adalah antara kaedah untuk membiayai kegiatan kumpulan itu.
