Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Khamis, 10 April 2025

90% KES ROGOL DI KELANTAN LIBAT REMAJA BAWAH UMUR, ATAS DASAR RELA



KOTA BHARU, 9 April- Statistik membimbangkan. Polis Kelantan mendedahkan peningkatan ketara dalam kes rogol dan sumbang mahram saban tahun, dengan remaja bawah umur menjadi pelaku dan mangsa utama, kebanyakannya berlaku atas dasar rela.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat memaklumkan, sebanyak 252 kes direkodkan pada tahun 2024 berbanding 206 kes pada 2023, menunjukkan peningkatan yang tidak boleh dipandang ringan.

Lebih mengejutkan, 90.98 peratus daripada kes yang direkodkan bukan melibatkan serangan seksual secara paksa, tetapi berlaku atas persetujuan bersama antara pasangan remaja yang masih belum cukup umur, sesetengahnya seawal 10 tahun.

Selasa, 19 Mac 2024

ISTIADAT MENGHADAP DAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2024

 

KUALA LUMPUR, 19 MAC 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.

Istiadat yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang segak mengenakan persalinan Pakaian Seragam Istiadat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang kepada 33 orang penerima yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

Jumaat, 1 Mac 2024

Polis siasat kenyataan Abdul Hadi

 


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu siasatan dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi.

"Setakat ini keterangan Abdul Hadi masih belum diambil memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik," katanya pada Jumaat.

Tambah Razarudin, pihaknya masih menunggu waktu yang sesuai untuk memanggil dan mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu.

Selasa, 23 Januari 2024

“Masa masuk polis dahulu mereka baik…” Dugaan besar, jadi mereka tergoda – Ayub Khan

 


“Masa masuk polis dahulu mereka baik…” Dugaan besar, jadi mereka tergoda – Ayub Khan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mempertahankan prosedur operasi standard (SOP) pengambilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia ada.

Menurutnya, SOP tersebut tidak perlu diteliti semula memandangkan ia sudah lengkap.

“Dari segi SOP pengambilan (anggota) sudah lengkap, kebanyakkan mereka ini sebelum masuk polis dulu baik.

“Mungkin selepas masuk (dan merasai) persekitaraan tersebut, dugaan cabaran itu besar, jadi mereka tergoda, selepas itu terlibat (salah laku),” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Tambah Ayob, penyeliaan yang terbaik daripada pegawai yang dilantik mampu memainkan peranan daripada bertambah kes anggota polis terlibat dalam kes salah laku.

Beliau turut yakin, penyelian yang terbaik daripada pegawai yang dilantik mampu memainkan peranan daripada bertambah kes anggota polis terlibat dalam kes salah laku.

“Penyeliaan dan tindakan tanpa tolak ansur itu dapat kekang pegawai dan anggota yang berniat terlibat dalam kes salah laku,” katanya.

Ayob berkata, pihaknya tidak tolak ansur terhadap anggota atau pegawai polis yang terlibat dalam kes salah laku.

“Saya sudah ingatkan banyak kali dan berkongsi banyak tangkapan, kita tengok sekarang ini jika ada terlibat, kita akan tangkap dan akan tuduh di mahkamah.

“Bagi saya yang terlibat ini walaupun jumlah sedikit beberapa peratus sahaja inilah yang mencemarkan imej PDRM keseluruhannya,” katanya.

https://sengatdaily.com/masa-masuk-polis-dahulu-mereka-baik-dugaan-besar-jadi-mereka-tergoda-ayub-khan/


Selasa, 16 Januari 2024

Saya lihat polis meniarap, tembak kereta suspek


Subang: Aksi 
tembak menembak antara polis dengan penjenayah di Persiaran Prima Utama 3, Puchong Permai, di sini, semalam, digambarkan seperti melihat adegan filem.

Seorang penduduk lelaki di kawasan itu yang enggan dikenali berusia 30-an memaklumkan dia melihat beberapa kenderaan mengejar kereta dipercayai dinaiki suspek di lokasi berkenaan kira-kira 4 petang, semalam.

"Beberapa minit kemudian, berlaku adegan tembak menembak selepas polis berjaya mengepung dan menahan kereta suspek.

"Saya nampak lelaki (suspek) dalam kereta itu yang melepaskan tembakan terlebih dahulu.

"Dalam masa beberapa minit juga, pihak polis dilihat berjaya mengawal situasi di lokasi kejadian," katanya.

Sementara itu, seorang wanita berusia 60-an yang juga penduduk di kawasan berkenaan berkata, pada mulanya dia tidak menyangka berlaku kejadian berbalas tembakan di lokasi terbabit.

"Saya terdengar satu letupan dan menyangka ia mercun dimainkan oleh anak-anak di kawasan ini ketika bermain di luar rumah.

"Namun, saya lihat anggota polis berpakaian biasa meniarap di jalan raya sambil melepaskan tembakan ke arah kereta terbabit.

"Kejadian tembak menembak yang berlaku itu macam dalam perang, sangat menakutkan," katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian itu mempunyai 13 rekod jenayah termasuk enam kes dadah dan satu rekod dikehendaki polis.

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/01/1050738/saya-lihat-polis-meniarap-tembak-kereta-suspek?insEmail=1&insNltCmpId=20721&insNltSldt=10080&insPnName=hmetro&isIns=1&isInsNltCmp=1&utm_campaign=hm&utm_content=&utm_medium=email&utm_source=insider&utm_status=true&utm_term=edm

Ahad, 19 November 2023

KEPIMPINAN HARMONI KPN DAN TIMBALANNYA CETUS INSPIRASI WARGA SANG SAKA BIRU


Petaling Jaya, 18 November 2023 – ‘Kepimpinan Harmoni, Sumber Inspirasi’ menjadi tema pada Malam Mes Kepimpinan Tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diadakan di Hotel Sunway Resort, di sini malam tadi.


Majlis Malam Mes yang diadakan dengan penuh istiadat kepolisan itu bersempena meraikan pelantikan dua figura PDRM iaitu IG Tan Sri Razarudin Husain sebagai Ketua Polis Negara (KPN) dan DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Timbalan KPN sekali gus menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Mes dan Timbalan Yang Dipertua Mes Pegawai Kanan PDRM. 

Pelantikan Tan Sri Razarudin dan Dato' Sri Ayob pada Jun lalu memperlihatkan gandingan mantap kedua-dua pemimpin tertinggi Pasukan dalam mengemudi Pasukan keramat yang berusia 216 tahun ini.

Berucap dalam majlis yang diadakan, Tan Sri Razarudin memanjat rasa syukur kerana dikelilingi para Pegawai Kanan Polis yang berkaliber dan berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kehadiran Dato’ Sri Ayob Khan sebagai timbalannya tidak menggusarkan beliau dalam mengemudi Pasukan kerana mempunyai seorang figura yang berpengalaman luas dalam dunia kepolisan.

"Saya amat yakin dengan sokongan yang dizahirkan oleh barisan Pengarah Jabatan PDRM yang sememangnya mempunyai kredibiliti serta kecekapan dalam menetapkan hala tuju jabatan masing-masing".

"Saya juga mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh warga Pasukan untuk kita terus menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diamanahkan ini", ujar beliau lagi.

Kepimpinan yang ditonjolkan kedua-dua pemimpin tertinggi ini diyakini mampu memperkasakan lagi dan memacu hala tuju PDRM ke mercu kegemilangan sekali s1gus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pasukan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, barisan Pengarah PDRM bersama isteri, barisan Ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya Polis bersama isteri, Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Malam Mes Kepimpinan Tertinggi PDRM, DCP Dato’ Fadzil Ahmat bersama isteri Datin Norsiah Wakiban, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad bersama isteri Puan Afifah Abd Wahab, barisan Komandan dan Komander bersama isteri dan para pegawai kanan polis.

Rabu, 27 Januari 2016

KUMPULAN TERTENTU DIKESAN LABEL PDRM PROSYIAH UNTUK CETUS KETEGANGAN

Kuantan, 26 Jan - Polis mengesan terdapat kumpulan dan individu tertentu telah melabelkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sebagai proSyiah apabila bertindak memerangi habis-habisan kumpulan pengganas Daesh di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Ayub Khan Mydin Pitchay yang mendedah perkara itu berkata tindakan itu bertujuan untuk menimbulkan ketegangan di negara ini.

"Apabila kita (polis) dilabel sebagai (pro)Syiah, darah kita halal dan kita boleh dibunuh. Itu tindakan bahaya dan taktik inilah yang digunakan oleh kumpulan pengganas Daesh. Ia seolah-oleh memberi asas kepada penyokong kumpulan pengganas Daesh di negara ini untuk melakukan pembunuhan," katanya.

Isnin, 15 Disember 2014

KAWALAN KESELAMATAN DIPERKETAT HANYA OMONG OMONG KOSONG !!!


Setiap kali insiden berlaku semasa perlawanan bolasepak, ada saja laungan atau arahan untuk memperketatkan kawalan keselamatan. Tapi sebaliknya apa yang berlaku ???

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan pemeriksaan keselamatan dua lapis di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand pada 20 Dis ini.

Rabu, 3 Disember 2014

Polis, JKKK kerjasama banteras dadah dan jenayah


KUALA TERENGGANU – Pihak polis dan JKKK akan bekerjasama membanteras penyalahgunaan dadah yang dilihat semakin meningkat belakangan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kerjasama bersepadu itu akan dijalankan bermula bulan Disember.

“Kita akan bekerjasama dengan pihak JKKK untuk menyalurkan maklumat berkaitan dadah di kawasan mereka.

Khamis, 7 Ogos 2014

#TTB : MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS DI KUALA T'GANU DIATASI SECEPAT MUNGKIN

MBKT JUGA PERLU MEMAINKAN PERANAN MENGATASI KESESAKAN LALULINTAS YANG KERAP BERLAKU DIMUSIM PERAYAAN DI LALUAN TERMINAL BAS KUALA TERENGGANU

RASANYA HAMPIR SETIAP TAHUN KESESAKAN TETAP BERLAKU. SEDANGKAN LALUAN TERSEBUT BERLAKU DISEKELING BANGUNAN MBKT.


APAKAH TIDAK TERFIKIR UNTUK MENCARI JALAN ALTERNATIF MENGATASI KESESAKAN TERSEBUT ??? TAK KAN NAK TUNGGU MB TURUN PADANG JUGA ??




KUALA TERENGGANU, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri akan mencari pendekatan sesuai dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kritikal di Kuala Terengganu, terutama di pusat bandar, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Khamis, 4 April 2013

Calon BN Diumum Dalam Tempoh Tujuh Hingga 10 Hari Sebelum Penamaan Calon


PUTRAJAYA, 3 April –  Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Rabu.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.

Rabu, 5 Disember 2012

Pembangkang Disaran Semak Fakta Sebelum Bercakap, Elak Jadi Bahan Ketawa


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta para pemimpin pembangkang menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai sesuatu isu terutama membabitkan soal keselamatan dan pertahanan.
Beliau berkata perkara itu penting, bagi mengelakkan kenyataan itu menjadi bahan ketawa pihak yang lebih mengetahui.
“Saya fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Jumaat, 4 Mei 2012

ORANG YANG DIKEHENDAKKI DITANGKAP OLEH POLIS BERHUBUNG KAIT DENGAN KEGANASAN BERSHIT 3.0

Sama-sama lah kita membantu mencarinya.

 

Sampaikan sebarang maklumat pengkhianat-pengkhianat dipaparkan itu kepada Balai Polis yang berhampiran dengan segera.

Selasa, 14 Februari 2012

MAJLIS MAULIDUL RASUL TAMAN DATO' IBRAHIM. GONG NANGKA, MARANG


Marang 13/02/2012 - Majlis Maulidul Rasul Taman Dato' Ibrahim, Gong Nangka, Marang telah diadakan diperkarangan perumahan taman tersebut. Selain daripada mengadakan majlis tersebut, program mengujudkan Skim Rukun Tetangga juga akan diadakan. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Puan Hasmawati (Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Marang), Penghulu Mukim Rusila, Pengerusi JKKK Gong Nangka dan penduduk taman tersebut.

Khamis, 25 Ogos 2011

Siasat kelas tuisyen pesong akidah murid

MUHYIDDIN mencuba senjata Sniper Specialty Rifle 7.62mm pada Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama PDRM di ibu negara, semalam.
Kementerian Pelajaran pantau kegiatan kumpulan sebar agama lain di luar sekolah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang memantau dakwaan wujud kegiatan menyebarkan agama lain oleh kumpulan tertentu yang berselindung di sebalik kelas tuisyen percuma dengan menyasarkan murid sekolah rendah beragama Islam, terutama di kalangan keluarga miskin dan setinggan di ibu negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengambil berat dakwaan itu dan siasatan terperinci perlu dilakukan kerana kegiatan berkenaan melanggar Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. “Saya dimaklumkan kejadian berlaku di luar sekolah apabila anak ini mengikuti kelas tuisyen. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana negara kita ada undang-undang... ada enakmen tertentu melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Disebabkan kejadian berlaku di luar sekolah, ibu bapa kenalah pantau anak mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...