Memaparkan catatan dengan label Taska Permata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taska Permata. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Disember 2011

Taska Permata - Guru dan ibu bapa perlu wujud kerjasama

Guru dan ibu bapa sewajarnya perlu bersama-sama mengemblengkan tenaga dan usaha sekiranya ingin melihat anak-anak yang diasuh dan dididik itu menempa kejayaan dengan cemerlang.

Taska permata di bawah bimbingan Yayasan Pembagunan Keluarga Terengganu hari ini banyak membantu mewujudkan pelbagai program yang bermanfaat untuk kanak-kanak sejak daripada awal usia lagi.

Isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, To’ Puan Sea Shin Tyun, berkata melalui puluhan program yang diadakan itu sekaligus dapat membantu mencapai matlamat dan hasrat pemimpin serta Kerajaan Negeri Terengganu yang ingin melihat setiap anak yang dilahirkan di negeri ini berjaya dalam hidup.

“Saya menyatakan rasa bangga dan syabas kerana di Taska Permata Keluarga Batas Baru turut menyediakan pelbagai program bermanfaat kepada 203 kanak-kanak di bawah bimbingannya.

Jumaat, 30 Disember 2011

MAJLIS GRADUASI TASKA PERMATA KELUARGA TAMAN DESA PERMAI, MARANG


Rhu Rendang 29/12/2011 - Majlis Graduasi Taska Permata Keluarga, Taman Desa Permai, Kg. Darat Pak Chan, Marang, Terengganu telah diadakan di Marang Village Resort, Marang, Terengganu.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir Ketua Pengarah Permata Taska, ibu /bapa serta 17 orang anak-anak yang menerima graduasi dalam majlis tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...