Memaparkan catatan dengan label JKM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JKM. Papar semua catatan

Isnin, 8 Disember 2014

KENAPA BOLEH BERLAKU ???

Beza angka mangsa banjir punca bantuan ditangguh

KEMAMAN - Perbezaan angka mangsa banjir yang direkod dan diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan pihak lain menyebabkan pemberian beberapa bantuan perkakasan dapur kepada mangsa banjir di Kuantan hujung tahun lalu terpaksa ditangguhkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau telahpun meneliti perkara itu dan mengenal pasti punca penangguhan pemberian barangan berkenaan.

"Sebenarnya yang menjadi masalah untuk mengagihkan barangan adalah kerana terdapat perbezaan angka yang diberikan oleh pihak JKM dan pihak lain dan angka yang diberikan ini begitu jauh bezanya maka kita meminta pihak menguruskannya untuk menyiasat.

Khamis, 21 Februari 2013

Janji Ditepati - Dua pemimpin bertemu rakyat DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 20/02/2013 - Janji Ditepati - Dua orang pemimpin yang tidak asing lagi bagi warga DUN Rhu Rendang dan Daerah Marang iaitu YB Senator Datuk Haji Abdul Rahman Bakar dan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku berganding bahu bertemu dan bermesra dengan warga DUN Rhu Rendang di Majlis yang diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Program yang dimaksudkan itu adalah Pengagihan BR1M 2.0 siri ke 8 dan terakhir untuk Fasa Pertama seramai 643 orang dengan jumlah RM321,500.00 serta Pengagihan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat seramai 1860 orang melibatkan wang tunai berjumlah RM460,300.00.

Khamis, 24 Januari 2013

Program Pemimpin Bersama Masyarakat - 'Janji Ditepati'


Rhu Rendang 23/01/2013 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat - Janji Ditepati anjur bersama Pejabat Pembangunan DUN Rhu Rendang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang turut dihadiri oleh Pegawai JKM Daerah, Puan Norhayati.  Seramai 1870 orang penerima hadir menerima bantuan bulanan dari JKM bagi bulan Februari, 2013.

Khamis, 22 November 2012

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG


Marang 21/11/2012 - Usaha murni yang berterusan terus dilaksanakan demi kesejahteraan  dan keselesaan masyarakat DUN Rhu Rendang, dimana pada hari ini Program Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Turut hadir YB Senator Dato' Haji Abdul Rahman Bakar dan Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang sama-sama menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 1,819 orang penerima bagi kawasan DUN Rhu Rendang.  Penambahan yang begitu ketara sejak kebelakangan ini.


Sabtu, 20 Oktober 2012

PROGRAM BERSAMA PEMIMPIN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang - Program Bersama Pemimpin yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan pada 17/10/2012 jam 9.00 pagi di Pusat Harian OKU, Sungai Kerak, Marang, Terengganu.

Program yang diadakan adalah sempena Pengagihan Bantuan Bulanan JKM Daerah Marang bagi bulan  Oktober, 2012 bagi buat pertama kalinya diadakan di pusat tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Sabtu, 4 Ogos 2012

1,000 orang keluar dari senarai PPRT setiap tahun.


Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu berjaya mengeluarkan antara 1,000 hingga 1,500 orang kalangan penerima bantuan jabatan setiap tahun yang dikenal pasti mampu meningkatkan pendapatan diri dan keluarga.

Pengarahnya, Encik Zuhami Omar berkata, di samping berjaya mengeluarkan antara 1,000 hingga 1,500 senarai nama penerima bantuan setiap tahun, pada masa yang sama penambahan penerima bantuan juga turut berlaku .


Katanya, di samping bantuan bulanan yang diberikan, jabatan juga ada sediakan bantuan geran berdikari di bawah program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) untuk mereka menceburkan diri dalam bidang perniagaan, pertanian, kraftangan dan sebagainya.

“Kita berharap golongan miskin tidak selamanya bergantung kepada bantuan jabatan semata-mata sebaliknya perlu berusaha untuk meraih pendapatan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita di majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Fakir Miskin di Terengganu Equestrian Resort (TER) semalam.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyampaikan sumbangan kepada 100 orang warga emas, ibu tunggal dan penerima bantuan bulanan JKM dari daerah Kuala Terengganu dan Marang.

Menurut Encik Zuhami, tahun ini JKM menerima peruntukan RM93 juta di mana RM47 juta adalah peruntukan kerajaan pusat dan selebihnya kerajaan negeri.

“Setakat ini kita telah membelanjakan lebih RM50 juta di bawah pelbagai bantuan membabitkan 34,000 penerima seluruh negeri,” katanya.

Khamis, 19 April 2012

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG


Marang 18/04/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Rhu Rendang anjuran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Majlis Daerah bermula jam 9.00 pagi. Seramai lebih kurang 1,000 penerima bantuan hadir dimajlis yang diadakan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Encik Zuhaimi bin Omar, Pegawai Pembangunan  DUN Rhu Rendang,  Tuan Haji Nik Dir bin Nik  Wan Ku dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Puan Norhayati.

Khamis, 15 Mac 2012

PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 14/03/2012 - Program Pemimpin Bersama Rakyat DUN Rhu Rendang yang dianjurkan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang bermula jam 9.00 pagi.

Rabu, 15 Februari 2012

PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT DUN RHU RENDANG, MARANG


Marang 14/02/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat DUN Rhu Rendang anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang dengan kerjasama Pejabat Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, telah diadakan di Dewan Majlis Daerah bermula jam 9.00 pagi, selain daripada penyampaian bantuan kebajikan. Majlis telah disempurkan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.

Jumaat, 6 Januari 2012

JKM belanja RM89.8 juta bantu golongan miskin

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membelanjakan RM89.8 juta daripada peruntukan RM92.2 juta melalui enam jenis bantuan bulanan kepada 32,877 orang golongan miskin sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu (JKMT), Encik Zuhami Omar berkata, melalui bantuan am (negeri), JKM membelanjakan RM44.7 juta membabitkan 19,393 kes.

Manakala Bantuan Kanak-kanak (BBK) JKM membelanjakan RM20.3 juta membabitkan 5,619 kes dan Elaun Pekerja Cacat (EPC) membelanjakan RM9.4 juta membabitkan 2,893 orang.

Encik Zuhami berkata, jabatan juga tidak mengabaikan golongan warga emas dan telah membelanjakan RM9.5 juta dibawah Bantuan Orang Tua (BOT) membabitkan 1,350 orang manakala bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik RM4.1 juta dan bantuan kepada OKU tidak bekerja RM1.5 juta.

Ahad, 30 Oktober 2011

KEPERITAN HIDUP IBU TUNGGAL TERBELA


Rhu Rendang - Tiada siapa yang ingin hidup dalam kesusahan dan membesarkan anak mereka sendirian tanpa ada tempat untuk bergantung harap tetapi jika ditakdirkan begitu, apalah yang terdaya diucapkan selain terus tabah menghadapinya.

Demikian hidup yang terpaksa diharungi seorang ibu tunggal muda, Juliana Ismail, 31, yang tinggal bersama tiga anaknya di rumah sewa mereka di Kampung Alur Tuman, di sini.

Menurut Juliana, episod duka dalam hidupnya bermula sejak Julai tahun lalu apabila suaminya seorang pemandu kenderaan berat, Zailani Mat Nawi, 36, yang menjadi tempat mereka bergantung harap meninggal dunia akibat demam panas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...