Khamis, 24 Januari 2013

Program Pemimpin Bersama Masyarakat - 'Janji Ditepati'


Rhu Rendang 23/01/2013 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat - Janji Ditepati anjur bersama Pejabat Pembangunan DUN Rhu Rendang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah diadakan di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku yang turut dihadiri oleh Pegawai JKM Daerah, Puan Norhayati.  Seramai 1870 orang penerima hadir menerima bantuan bulanan dari JKM bagi bulan Februari, 2013.

Menurut Tuan Haji Nik Dir, beliau berasa bersyukur dan gembira kerana penerima bantuan hingga kini semakin bertambah daripada tahun 2012. Ini menunjukkan rakyat peka dan menerima saranan Kerajaan BN demi untuk rakyat keseluruhannnya dengan tidak mengira fahaman politik.

 

Namun begitu masih ada lagi mereka-mereka yang tidak mahu tampil atau masih berasa malu untuk menerima bantuan yang disalurkan atas sebab-sebab fahaman politik.

Beliau berharap mereka-mereka ini tampil kehadapan demi untuk masa depan dan perlu memikirkan sebaik mungkin apa yang telah beliau nyatakan. Kalau di 'Arak dan babi ' di Kuala Lumpur haram, maka di Marang pun haram juga. Itulah kiasan yang disampaikan oleh Tuan Haji Nik Dir dalam ucapan ringkasnya.

Untuk paparan selanjutnya sila layari lama facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...