Rabu, 23 Januari 2013

PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 22/01/2013 - Program Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi tahun 2013 Peringkat DUN Rhu Rendang berlangsung pada hari ini bermula jam 9.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku. Turut hadir Tim. PPD Marang Tuan Haji Mohamad Nawasi bin Rani, Pengetua Sekolah dan Guru Besar dan ibu bapa.

Seramai 500 orang pelajar terpilih daripada 16 buah sekolah (Rendah dan Menengah) di DUN Rhu Rendang untuk menerima dimajlis pelancaran yang diadakan.

Menurut Tuan Haji Nik Dir, di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

 

Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Sebagai rakyat Negeri Terengganu kita semua patut bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah bersungguh-sungguh menyalurkan bantuan ke seluruh pelusuk masyarakat, dengan tidak mengira fahaman politik.

Kita perlu singkirkan pemikiran yang sombong dan bongkak dan sikap yang sungguh menjijikkan iaitu 'SAYA TAK AMBOH, ORANG BAGI KITO AMBIK'. 

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...