Memaparkan catatan dengan label Pinjaman Perumahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pinjaman Perumahan. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2013

Terengganu perkenal Dana Pinjaman Perumahan Rakyat...


Anak Terengganu yang ingin membina rumah kini boleh memohon Dana Pinjaman Perumahan Rakyat Negeri Terengganu dengan kadar pinjaman sehingga RM50,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata pinjaman itu terbuka kepada anak negeri yang mempunyai tanah sendiri atau milik keluarga yang telah diberi kebenaran.

Peminjam akan dikenakan kadar faedah tiga peratus berasaskan baki pinjaman dengan tempoh bayaran balik 30 tahun, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco, di sini hari ini.

"Mereka yang ingin mendapatkan pinjaman untuk membina rumah, bolehlah mendapatkan pelan setara yang disedia dan dikeluarkan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dengan bayaran sebanyak RM50," katanya.

Katanya borang itu diedar menerusi pejabat Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri.

Dana itu diluluskan kerajaan negeri tahun lalu dengan modal pusingan RM50 juta. -16/1/2013

Selasa, 6 Disember 2011

Peruntukan RM50 juta untuk dana pinjaman perumahan


Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi memudahkan rakyat di Terengganu yang belum memiliki rumah membuat pinjaman perumahan.

Mereka yang memenuhi syarat dan berkelayakan, boleh memohonnya melalui Dana Pinjaman Perumahan Rakyat, bermula tahun depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata skim itu kini masih diperhalusi terutama mengenai kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat pinjaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...