Memaparkan catatan dengan label Presiden PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Presiden PAS. Papar semua catatan
Isnin, 21 April 2025
Ahad, 20 April 2025
PEMIKIRAN HADI SUDAH KETERLALUAN DAN MERACAU TAHAP SERIOUS
Khamis, 10 Mei 2018
PAS AKAN UMUM MENTERI BESAR TERENGGANU
MARANG: PAS menyerahkan kepada pihak istana
untuk menghadap Sultan Terengganu setelah berjaya menguasai semula Terengganu
pada Pilihan raya Umum ke-14 ini.
“Itu
akan atur, insya Allah, itu terpulang kepada pihak Tuanku, pihak istana,” kata
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Dewan
Tok Guru, Rusila sebentar tadi.
Berhubung
dengan calon Menteri Besar, beliau berkata ia akan diumumkan kemudian.
“Itu
ada dalam fikiran kami, akan diumumkan kemudian,” katanya lagi.
Mengenai
ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), beliau berkata ia akan
dipertimbangkan mengikut latar belakang calon PAS yang menang kerusi Dun pada
PRU14.
Ini,
katanya kerana mereka terdiri daripada kalangan AGAMAWAN, PROFESIONAL DAN RAKYAT.
“Oleh
kerana calon kita terdiri daripada berbagai kalangan, termasuk agamawan,
professional dan rakyat, Exco akan ditimbang mengikut peranan yang munasabah,”
jelasnya.
Semasa
berucap sebelum itu, beliau menyeru ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya
bersyukur di atas KEMENANGAN
YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH
itu.
Beliau
bagi pihak PAS juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah
membuat liputan sepanjang kempen PRU14.
Sementara
itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Husain Awang berkata, PAS Berjaya menguasai
semula negeri ini setelah MEMENANGI
21 DARIPADA 32 KERUSI DUN
pada PRU14.
Beliau
mengumumkan kerusi-kerusi Dun yang dimenangi iaitu Kota Putera, Jabi, Tepoh,
Buluh Gading, Bukit Tunggal, Wakaf Mempelam, Bandar, Ladang, Batu Buruk, Alur
Limbat, Bukit Payong, Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Manir, Kuala Berang,
Rantau Abang, Sura, Paka, Kemasik, Cukai dan Air Putih.
Bagaimanapun,
jelas pihak PAS negeri sedang menunggu keputusan perjumlahan undi bagi kerusi
Dun Bukit Besi dan pengiraan semula bagi kerusi Dun Ajil.
Menurutnya,
jika PAS Berjaya memenangi dua kerusi Dun itu atau salah satu daripadanya
bermakna PAS mencapai kemenangan mutlak iaitu majoriti 2/3 daripada kerusi Dun.
– HARAKAHDAILY
10/5/2018
Rabu, 9 Mei 2018
#PRU14: TERIMA KEPUTUSAN RAKYAT - PRESIDEN PAS
MARANG: Rakyat termasuk parti-parti
politik diingatkan agar MENERIMA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA Umum (PRU) Ke-14, ini sama ada menang
atau kalah.
Presiden
PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti mengarahkan PENGIKUT-PENGIKUT PAS AGAR BERTENANG, BERADAB dalam kempen.
Justeru,
menurut beliau, PAS melaksanakan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) dengan
sebaik-baiknya bagi mengelakkan pertembungan yang tajam dalam masyarakat.
"Kita
mengarahkan pengikut-pengikut PAS supaya bertenang, beradab dalam kempen.
Melaksanakan budaya politik matang sejahtera dan dapat dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya.
"Ini
pendekatan yang baik dan kita (PAS) elakkan daripada pertembungan yang tajam,
boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh bergaduh.
"Ini
yang perlu kita (PAS) kemukakan kepada masyarakat. Sama ada menang atau kalah, kita terima
hakikat.
"RAKYAT BUAT KEPUTUSAN TERIMA, jangan kita buat sesuatu yang
menyusahkan rakyat dan negara," ujarnya selepas mengundi di Pusat
Mengundi, Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang, hari ini.
Sehubungan
itu, Dato' Seri Abdul Hadi, berpuas hati dengan perjalanan kempen pilihan raya
kali ini yang berjalan lancar, aman dan tenteram.
Turut
mengundi di Pusat Mengundi yang sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz
Muhammad Khalil Abdul Hadi yang juga calon PAS N.16 Batu Buruk pada PRU14 ini.
Sementara
itu, pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Terengganu menyediakan 401
Pusat Mengundi yang mempunyai 1,433 Tempat Mengundi (saluran).
Seramai
736,632 orang pemilih berdaftar di negeri Terengganu layak mengundi bagi
memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun akan datang.
Manakala,
tujuh buah Pusat Mengundi akan tutup awal pada jam 3.00 petang iaitu SK Pulau
Perhentian, SK Pulau Redang, SK Kuala Jenderis, SK Tepus, SK Kampung Shukor, SK
Jongok Batu dan SK Sungai Pergam. -HARAKAHDAILY 9/5/2018
Rabu, 18 April 2018
#PRU14: HADI TIDAK TANDING DUN RHU RENDANG
KUALA LUMPUR: Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang TIDAK
AKAN MEMPERTAHANKAN KERUSI DUN RHU RENDANG
pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebaliknya hanya akan bertanding di
kerusi Parlimen.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung
PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang memberitahu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man dan beliau sendiri juga hanya akan bertanding di kerusi
Parlimen.
"Nama-nama calon sudah
dimuktamadkan dan PAS akan bertanding tidak kurang 160
KERUSI PARLIMEN pada PRU-14 dan kita sedang
memuktamadkan beberapa kerusi membabitkan pihak dalam gabungan Gagasan
Sejahtera.
"Tidak lebih 10 calon akan
bertanding di kerusi Parlimen dan DUN. Untuk makluman presiden dan timbalan,
termasuk saya akan bertanding di parlimen sahaja. Calon muda saya boleh sahkan
untuk dewan pemuda, ketua, timbalan dan naib ketua pemuda pusat bertanding
sebagai calon PRU," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini,
hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa PAS
akan mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU14 di setiap negeri
malam esok kecuali Kelantan, yang diadakan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak.
Rabu, 15 Jun 2016
Amaran Hadi Kepada Orang Islam Menentang Hudud Termasuk MAHATHIR
Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang hari ini memberi amaran kepada para penentang undang-undang hudud terutama daripada
kalangan umat Islam sendiri dengan bersandarkan tiga
potong ayat Al-Quran iaitu surah Hud ayat 18, surah Al-Baqarah ayat 208 dan surah
Al-Maidah ayat 82.
Menurut Abdul Hadi, hanya mereka yang buta al-Quran akan melabel hukum hudud itu sebagai ciptaan Pas.
“Bahkan tidak boleh dicipta Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya
mereka bersama penjajah menentang hukum
ALLAH SWT terus rela tenggelam bersama kejahilan
dan kebebalan mereka.
Sabtu, 26 Mac 2016
Anina Saadudin Cabar Hadi Simpan Jubah, Janggut Kerana Pengecut
KUALA LUMPUR – Bekas ahli UMNO, Anina
Saadudin menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana takut untuk
bercakap benar.
Katanya, adalah sesuatu yang sia-sia
dalam menggunakan nikmat yang diberikan Allah sekiranya menjadi pemimpin yang
takut berkata benar demi menjaga pangkat dan kuasa.
“Jika anda berada dalam kerajaan, parti
pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar
demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda.
“Jangan kemukakan alasan kepada saya,
tetapi jawablah di hadapan Ya Rabbul Jalil,” katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Jumaat, 6 November 2015
PERLANTIKAN YANG TEPAT DEMI KESTABILAN POLITIK TERENGGANU
KUALA
LUMPUR, 6 November: Menteri Besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul
Rahman bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan Pas dan akan mempertimbangkan
untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat
kerajaan negeri.
Keputusan itu
dibuat selepas Abdul Hadi berkata, Pas bersedia bekerjasama dengan Barisan
Nasional (BN) dalam isu pentadbiran negara.
Menurut laporan
New Straits Times, Ahmad Razif berkata, dia sudah bertemu dengan Presiden Pas
itu sebelum ini dan mengadakan perbincangan, yang kemudian menunjukkan
pandangan positifnya terhadap kerjasama bukan parti.
Label:
BN,
PAS,
Penasihat Kerajaan Negeri Terengganu,
Presiden PAS,
UMNO
Rabu, 10 Disember 2014
RINTIHAN, KEKECEWAAN SERTA KEMARAHAN PENGIKUT PAS !!!!!
ALHAMDULLILAH KESEDARAN, KEINSAFAN mengatasi segala-galanya. INSYALLAH.
Terutama kepada Anwar
Al-Juburi serta serpihan PAS yang cuba untuk menjatuhkan Presiden PAS. Berikut
adalah diantara hujjah yang dilontarkan bagi melepaskan rasa geram serta marah
yang tidak terhingga:
1. Nasip malang Anwar
Ibrahim pada tahun 2014: 1) tak dapat jadi PM 2) tak dapat jadi MB SELANGOR 3)
isteri dia tak dapat jadi MB SELANGOR 4) mahkamah putuskan dia dipenjara 5tahun 5)
tak dapat jadi calon PRK kajang 6) saiful buat rayuan di mahkamah persekutuan 7)
mungkin kena rehat dipenjara 8) paling best gelaran dato' seri ditarik oleh
sultan selangor ha ha ha nasip kau lah anwar.
2. Tiada maaf untukmu wahai anwar ibrahim kau telah buat PAS berpecah aku tahu
dana RM10 juta untuk PASMA memecah belahkan PAS dari kau anwar johari abdul
yang menyerahkan pada barua radzi sila jawap wahai anwar pekak badak sebelum
aku dedahkan banyak hal kau anwar cilaka.
Isnin, 24 November 2014
Anwarinas Potretkan Hadi Pengganas ?
AIDCNews – 22/11/14 – Adakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS seorang pengganas?, soal laman pro PAS, ibnuhasyim.com.
Ia merujuk kepada laporan
Islampos dan reuters yang turut dilaporkan Harakahdaily menyebut Kesatuan Ulama Sedunia
pimpinan Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi disenaraihitamkan sebagai pengganas oleh
Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Abdul Hadi merupakan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia
tersebut.
Isnin, 10 November 2014
MUSTAFA ALI PENING KEPALA MASALAH DAP ??
Masalah
yang senang disusahkan. Tak kan lah Mustafa tidak memahami masalah semasa yang
telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS selama ini ?
PAS
terus dihina, dijijik oleh DAP berterusan termasuk Presiden DS Haji Abdul Hadi Awang.
Kalau Presiden pun dihina sedemikian rupa, apatah lagi macai2 PAS ???????
Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kenyataan balas Setiausaha Organisasi
DAP Anthony Loke, berhubung isu ketidakhadiran Presiden PAS dalam mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan, lari dari premis asal.
Menurut
beliau, Loke bukan sahaja mengubah premis asal, tetapi juga telah membuka
kepada satu dimensi baharu yang menjurus kepada soal dalaman parti dan antara
parti.
"Malah
beliau (Loke) telah membuat olahan tentang PAS secara tidak berhemat dan tidak
tepat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Mustafa
berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Loke yang juga Ahli Parlimen
Seremban semalam, yang kesal dengan pendirian beliau kerana menganggap ketidakhadiran Presiden PAS ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat,
sebagai perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.
Isnin, 13 Oktober 2014
HADI MENGGELAR DUA ADUN NYA "BARUA" ???
PAS gantung keahlian dua Adun sokong Wan Azizah
Adakah ini
perkataan yang diungkapkan oleh seorang yang bergelar Tuan Guru berlebih-lebih
lagi AHLI MAJLIS ULAMA SEDUNIA ???
Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor
bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai
“barua (Klik)”
Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS
menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari
Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.
Sabtu, 27 September 2014
PAS KELUAR DARIPADA PAKATAN RAKYAT ???
Ke mana arah tuju PAS selepas isu Selangor dan Pengkalan Kubor?
Dua isu, kemelut menteri besar Selangor dan kekalahan dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, jelas sama sekali tidak memihak
kepada parti Islam, PAS.
Dalam
isu Selangor, tindakan menghina dan mengkritik secara terbuka parti rakan
sekutu bukan suatu tindakan bijak, malah mengeruhkan hubungan.
Lebih
memburukkan lagi keadaan, apakah presiden PAS itu sendiri mempunyai tokoh
kepimpinan sebagai seorang ahli politik yang boleh dicontohi?
Label:
Isu MB Selangor,
Pakatan Rakyat,
PAS,
Presiden PAS
Langgan:
Catatan (Atom)










