Isnin, 24 November 2014

Anwarinas Potretkan Hadi Pengganas ?


AIDCNews – 22/11/14 – Adakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS seorang pengganas?, soal laman pro PAS, ibnuhasyim.com.

Ia merujuk kepada laporan Islampos dan reuters yang turut dilaporkan Harakahdaily menyebut Kesatuan Ulama Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi disenaraihitamkan sebagai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Abdul Hadi merupakan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia tersebut.

“Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas, selaras dengan undang-undang persekutuan tentang pembanterasan terorisme. Dan Kesatuan Ulama Sedunia juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu,”lapor Harakahdaily
Dalam satu kenyataan 17 November, Kesatuan Ulama Sedunia mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional.
“Kami mendedahkan kehairanan atas keputusan UAE yang memasukkan kami dalam senarai kumpulan pengganas dan kami menolak penjelasan ini sepenuhnya,” kata kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia yang ditandatangani oleh Qaradhawi.
Kumpulan-kumpulan lain yang dimasukkan dalam senarai pengganas termasuk Jabhah Nusra, ISIS, gerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...