Tandatanya terus
berlegar mengenai jangkaan bila keputusan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan diketahui.
Ini kerana ketika perbicaraan ditangguhkan tengahari Jumaat semua petanda
menunjukkan besar kemungkinan ia akan meleret hingga ke hari Selasa.
Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai penal lima hakim
mengadili rayuan berkenaan telah melanjutkan perbicaraan ke hari Isnin.
Namun perbicaraan hari itu hanya akan berlangsung setengah hari kerana
beliau ada urusan lain.
Ketua peguam pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memulakan hujah
beliau pagi Jumaat baru membentangkan 20 peratus hujahan.
Ini bermakna jika tidak beres Isnin hujahnya akan disambung Selasa.
Perlu diingat selepas Shafee selesai hujahnya,pasukan peguam pembela Anwar
pula akan beri hujah balas.
Jika begitu halnya rasanya amat tipis kemungkinan penal hakim dapat buat
keputusan dalam masa yang suntuk.
Malah terdapat kemungkinan ia hujahan balas peguam bela boleh meleret masuk
Rabu.
Ada kalangan pakar undang-undang meramalkan penal hakim akan ambil masa
untuk teliti semua butiran kes serta hujahan kedua pihak peguam bela dan pendakwa
sebelum membuat keputusan muktamad.
"Siapa tahu mungkin penal hakim akan ambil masa beberapa hari sebelum
umum keputusan,"kata salah seorang darinya.
“Kalau ada konspirasi mengapa
Saiful Bukhari sanggup menanggung cemuhan dengan pergi ke dua buah hospital dan
kemudian diberitahu supaya pergi ke HKL pula. Selepas itu duburnya diperiksa.
Ia bukan perkara yang mudah. Mengapa Saiful perlu susah payah menanggung ini
semua ini kalau Kerajaan ada konspirasi?
“Jika benarlah berlaku
konspirasi, sudah tentu mereka (kerajaan) boleh memudahkannya untuk Saiful dan
menyuruhnya terus ke HKL dan dua orang doktor akan sedia menanti supaya Saful
tidak perlu menunggu dari jam 4 petang hingga 9 lebih? Semua ini tak masuk
akal.
“Keduanya kalau mereka menuduh
berlaku konspirasi berhubung sampel air mani - Sumber, di mana polis nak dapat air mani?
Di Malaysia ada bank sperma kah?”