Perbuatan Liwat Tidak Pernah
Berlaku...haaaaa.
PUTRAJAYA: Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah
berlaku, pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Khamis.
Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, ini disebabkan, satu permaidani sutera China di unit 11-5-1, di mana kejadian liwat yang didakwa berlaku, ditemui di unit kondominium yang lain, 11-5-2.
Beliau berkata, permaidani itu dirampas oleh pegawai polis forensik Supritendan Amidon Anan untuk profil DNA selepas dia pergi ke kondominium itu dengan pegawai penyiasat dan Mohd Saiful Bukhari untuk mengumpulkan eksibit.
Sri Ram berkata, Amidon, dalam
testimoninya, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau hanya menjumpai rambut
di unit 11-5-1.
"Pihak pendakwaan mendakwa
permaidani itu dipindahkan. Tidak ada bukti bahwa permaidani itu dipindahkan.
Permaidani tidak boleh dipindahkan ke unit yang lain. saya tidak percaya
mengenai permaidani terbang - sumber," katanya, sehingga menyebabkan kalangan
mereka yang berada dalam mahkamah yang sesak itu ketawa.