Selasa, 18 November 2014

Ketirisan bantuan kerajaan yang disalur kepada rakyat serta tuntutan palsu


KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Unit Pemeriksaan dan Perundingan Negeri akan melakukan pemeriksaan ke atas sistem dan prosedur yang diguna pakai dalam Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Terengganu.

Pengarah Bahagian Siasatannya, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata ia merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah ketirisan projek tersebut yang gagal sampai kepada kumpulan sasaran.


"Isu ketirisan ini membawa kesan negatif kerana selain mengakibatkan ketirisan bantuan kerajaan yang disalur kepada rakyat, ia juga memberi imej negatif kepada agensi yang terlibat dalam pengagihan bantuan tersebut," katanya pada sidang media di pejabat SPRM, di sini, Isnin.


Beliau berkata pihaknya memandang serius terhadap beberapa kes tuntutan palsu dalam projek tersebut di Terengganu termasuk kesalahan menggunakan bahan binaan tidak berkualiti, kerja baik pulih tertangguh, tidak mengikut spesifikasi dan kontraktor menyerahkan kerja kepada pihak tiada kepakaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...