AL-JUBURI DUDUK DIAM-DIAM DALAM ISTANA SUNGAI BULOH KAN BAIK.
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pentadbiran
Rumah Putih bertindak membuang petisyen menuntut campur tangan Kerajaan Amerika
Syarikat (AS) untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari laman sesawangnya
semalam, dua hari sebelum tempoh pengumpulan tanda tangan sokongan terhadap
usaha itu berakhir.
Menurut pihak
berkenaan, petisyen itu dibuang kerana melanggar syarat penyertaan.
“Walaupun anda tidak
boleh menandatangani petisyen ini, mungkin ada petisyen lain di laman sesawang
We the People mengenai isu serupa yang anda boleh tandatangani, atau anda boleh
mewujudkan petisyen sendiri,” menurut pentadbir laman itu.
