LAGI TAMPARAN UNTUK AMANAH DARI DAP DAN PKR
Paling menarik dalam espisod pergaduhan antara Elizabeth Wong, atau Wong Keat Ping, iaitu
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR selain daripada Ahli Dewan Undangan Negeri N37
Bukit Lanjan merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, dan Tony Pua, atau Pua Kiam Wee, iaitu
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP merangkap Setiausaha Publisiti Kebangsaan
DAP selain daripada Ahli Parlimen P106 Petaling Jaya Utara, mengenai
tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri
Azmin Ali, membuka pintu rundingan persefahaman politik dengan PAS adalah
tanggapan negatif mereka terhadap AMANAH.
Kata-kata
Tony Pua bahawa persefahaman politik dengan PAS
adalah tidak perlu kerana undi Melayu yang dibekalkan oleh Tun Dr
Mahathir Mohamad dan PPBM adalah lebih dari mencukupi untuk menampung kehilangan
undi Melayu yang dibekalkan oleh PAS adalah satu tamparan yang hebat terhadap
AMANAH.
