Jumaat, 6 Januari 2023

PROJEK KERAJAAN: CEO SYARIKAT SWASTA DITAHAN JADI ORANG TENGAH DANA RM92.5 BILION

 

Suspek ditahan ketika hadir memberikan keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya pada Khamis. - Foto SPRM

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan kerana disyaki menjadi orang tengah bagi pengagihan projek-projek kerajaan di bawah PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI, MELIBATKAN DANA RM92.5 BILION.

Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam Khamis.

SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan yang difokuskan kepada dana kerajaan berjumlah RM92.5 BILION DI BAWAH PROGRAM RANGSANGAN DAN PEMULIHAN EKONOMI.

Sumber itu berkata, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperolehi projek-projek bernilai antara RM50 juta dan RM500 juta secara runding terus.

“Hampir 90 peratus daripada projek yang diberikan adalah secara rundingan terus dan masih belum dilaksanakan kerana TIADA PENGELUARAN SURAT SETUJU TERIMA LAGI.

"Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10 peratus projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus," katanya, di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber lagi, suspek yang ditahan itu dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.

Berdasarkan keterangan beberapa kontraktor yang disoal siasat, mereka MENGAKU MEMBAYAR KOMISYEN SEBANYAK TIGA HINGGA LIMA PERATUS.

Menurut sumber, WANG ITU DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN SEBUAH PARTI POLITIK KONONNYA UNTUK TUJUAN PEMBIAYAAN POLITIK.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi di sini, pada Jumaat mengesahkan penahanan tersebut.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

UNTUK RUJUKAN KLIK DISINI

ADALAH HARAM UNTUK ORANG ISLAM MENGGUNAKAN GELARAN ‘PRIEST’.


Tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang menggunakan nama ‘MOSLEM PRIEST’ telah mendapat perhatian warganet yang tidak senang melihat perkataan ‘priest’ digunakan oleh orang Islam.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel di laman sesawangnya semalam menjelaskan bahawa ADALAH HARAM untuk orang Islam menggunakan gelaran ‘priest’.

‘Priest’ merujuk kepada satu gelaran khusus yang sinonim dengan agama Kristian, malah ia sebenarnya merujuk kepada seorang paderi yang melaksanakan tugas-tugas keagamaan bagi gereja Kristian.

PMWP berkata, pengharaman gelaran itu dibuat kerana ia meniru syiar agama lain, serta larangan daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah dan tohmahan terhadap diri sendiri dan agama Islam.

“Hal ini berdasarkan tegahan daripada Nabi Muhammad S.A.W yang melarang umat Islam daripada menyerupai atau meniru orang kafir (tasyabbuh bil kuffar) dari sudut identiti, lambang atau syiar mereka,” katanya.


Tambahnya lagi, Imam al-San‘ani menjelaskan ada hadis menunjukkan bahawa sesiapa menyerupai atau meniru orang yang fasiq dari sudut pakaian dan perilaku orang kafir atau pembuat bidaah maka dia adalah daripada kalangan mereka.

Manakala, jelas Imam Ibn. Kathir pula, hadis itu menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan.

Disebabkan itu PMWP dalam kenyataan berkata, umat Islam perlu menjauhi sebarang perkara yang boleh mendatangkan fitnah sama ada terhadap diri sendiri, dan lebih-lebih lagi terhadap nama baik agama.

Sebelum ini tular video seorang rakyat Malaysia yang menceritakan bagaimana dia mendapat gelaran ‘Moslem Priest’ dan menjadikan itu nama pentas sebagai produser serta penyanyi.

Menerusi carian gambar di Google, lelaki itu tampil dengan memakai songkok dan berbaju hitam.

SILA RUJUK DAN KLIK DISINI

UMNO BAHAGIAN ARAU DIGANTUNG ATAS SEBAB DISIPLIN

 

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini menggantung UMNO Bahagian Arau selepas melanggar perlembagaan parti, kata Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil.

Beliau berkata, MT UMNO akan melantik ketua pentadbir bagi bahagian itu secepat mungkin.

"Kita akan lantik ketua pentadbir secepat mungkin. Senarai calon itu akan dibincangkan...keputusan Majlis Tertinggi adalah menggantung mereka atas sebab-sebab disiplin melanggar Perlembagaan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MT UMNO bagi bulan Januari yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini malam ini.

Ketua UMNO Bahagian Arau sebelum ini, Datuk Seri Shahidan Kassim dan isterinya, yang juga Ketua Wanita UMNO bahagian itu Datin Seri Shamsiah Yassin dilucutkan keahlian UMNO selepas melanggar perlembagaan parti.

Dalam pada itu, beliau berkata penggantungan keahlian bekas ahli MT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini selepas rayuannya ditolak.

"Ada rayuan daripada Datuk Tajuddin…hari itu dia digantung jadi rayuan dia telah ditolak. Penggantungan berkuat kuasa hari ini," katanya.

Pada 2 Oktober tahun lepas, media melaporkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau serta bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi akaun Twitternya berkata perkara utama yang dibincangkan pada mesyuarat MT malam tadi adalah berhubung perincian jadual Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Januari ini.

Beliau berkata, taklimat Presiden akan diadakan pada 2.30 petang, 11 Januari di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini. – Bernama

Read more: https://www.cinca.news/2023/01/umno-bahagian-arau-digantung-atas-sebab.html#ixzz7pbEyUsGC

Khamis, 5 Januari 2023

NAJIB FAIL PETISYEN KEPADA PBB MAHU PERBICARAAN SEMULA KES SRC

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak memfailkan petisyen Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNWGAD) di Geneva selepas yakin hukuman terhadap dirinya dilakukan secara tergesa-gesa dan tiada pengadilan.

Najib dalam petisyen itu telah memohon pembebasan atau perbicaraan semula selepas mendakwa wujudnya ‘KECACATAN’ dalam penghakiman pada peringkat Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam satu sidang media tergempar petang ini, peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan petisyen itu telah dihantar dalam tempoh kurang dari 72 jam sebelum ianya didedahkan kepada umum.

“Najib telah menggunakan alternatif ini bagi dirinya untuk mendapat pengadilan dalam proses kehakiman di negara ini.

“Beliau telah meminta panel yang terdiri daripada lima pakar keadilan antarabangsa memutuskan penolakan rayuan oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 adalah tidak adil, cacat dan melanggar asas manusia hak selain pelanggaran Perlembagaan Persekutuan.

“Prosiding Mahkamah Persekutuan telah gagal memberi peluang munasabah untuk menghujahkan kesnya dan menafikan peguamnya masa yang mencukupi untuk membuat persediaan sewajarnya sebaliknya mahkamah menolak serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap beliau.

“Kita langsung tidak boleh nafikan bahawa secara dasarnya, Najib telah dihantar ke penjara tanpa peluang membela diri di Mahkamah Persekutuan. Pada proses rayuan itu, barisan peguam tidak diberikan masa secukupnya untuk membawa berpuluh-puluh ribu muka surat kertas rayuan atau untuk menyelesaikan 94 alasan rayuan yang difailkan oleh peguamnya sebelum ini,” katanya hari ini.

Muhammad Shafee berkata, kemungkinan besar UNWGAD akan mendengar rayuan itu terdiri daripada lima hakim hak asasi manusia yang terkenal dalam masa terde

UNTUK RUJUKAN KLIK:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...