Memaparkan catatan dengan label Sembahyang Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembahyang Jumaat. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Disember 2023

HANYA 3,500 PENDUDUK BAITULMAQDIS MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AQSA


Hanya 3,500 warga Baitulmaqdis menunaikan solat Jumaat di dalam Masjid Al-Aqsa yang diberkati, berikutan langkah pendudukan Israel yang menghalang jemaah daripada sampai ke sana, untuk Jumaat kelapan berturut-turut.


Saksi mata melaporkan bahawa tentera pendudukan menyerang jemaah yang cuba memasuki Masjid Al-Aqsa dan menghadapi prosedurnya, berhampiran Pintu Singa, salah satu pintu Masjid Al-Aqsa.


Konfrontasi juga tercetus dengan pasukan pendudukan di kejiranan Wadi al-Jouz berhampiran Kota Lama Baitulmaqdis yang diduduki, di mana tentera pendudukan melepaskan bom gas pemedih mata, bom tangan mengejut dan peluru logam bersalut getah ke arah rakyat untuk menghalang 

Sabtu, 9 Ogos 2014

SIAPA YANG PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN SELAIN DRP IBU BAPA ???


AKTIVITI MEMUPUK KESEDARAN SIVIK SERTA KEM SOLEH PERLU DIGERAKKAN DARI SEKARANG. KETUA PEMUDA PERLU BERTINDAK SEGERA.


MARANG – Isu belia termasuk remaja yang tidak menunaikan solat Jumaat seakan tidak diendahkan sejak kebelakangan ini apabila mereka hanya datang untuk berbual di pekarangan masjid.

Berdasarkan tinjauan bermula sebelum Ramadan lalu, masalah itu bukan sahaja berlaku di masjid-masjid utama sekitar daerah ini, tetapi juga seluruh negeri.

Mereka turut merokok dan kadangkala membuat bising di tempat letak motosikal, malah lebih menyedihkan apabila ada sebilangan kecil turut merempit sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

Penasihat Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris), Datuk Paduka Mohd Zakaria Nawang berkata, pihak berkaitan termasuk ibu bapa perlu mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...