Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Pakatan Harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan Pakatan Harapan. Papar semua catatan

Ahad, 1 Julai 2018

AWAS AGENDA UTAMA LGE TENGGELAMKAN BAHASA MELAYU


DENGAN Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW dan seluruh sanak saudaranya serta para sahabat Baginda.
Hingga ke hari ini masih ramai yang TIDAK PUAS HATI DENGAN TINDAKAN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam isu bahasa, apatah lagi kerjaaan Pakatan Harapan  mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan
Tindakan mempertahankan tindakan tersebut bukan sekadar MERENDAHKAN BAHASA MELAYU sebagai bahasa rasmi kerajaan.
Malah  ia juga secara langsung ingin MENCABAR KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN  AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67 (ABK), di samping meremehkan pekeliling kerajaan persekutuan yang telah sekian lama berjalan di dalam sistem pentadbiran.
Tindakan Guan Eng dan PH itu semacam  mahu mencabar Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia.
Atau lebih kasar lagi ungkapannya  Menteri Kesihatan itu BUTA PERLEMBAGAAN selepas kuasa yang dimiliki seakan mengatasi segalanya.
BAGAI KADUK NAIK JUNJUNG, inilah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada sikap Guan Eng ini tatkala kita melihat kerajaan Umno BN sebelum ini juga telah banyak melakukan "peminggiran bahasa Melayu' melalui beberapa dasar khasnya dalam pendidikan termasuk pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di zaman Dato’ Seri Najib Razak dan di zaman Tun Mahathir Mohamad pula PPSMI.
Apa yang menjadi kemarahan termasuk kepada pejuang bahasa adalah sikap Guan Eng mempertahankan penggunaan bahasa Mandarin dalam urusan rasmi kerajaan merupakan suatu tindakan biadap dan keras kepala serta tidak menjaga sensitiviti masyarakat negara ini.  
Sikap ini seakan membenarkan telahan umum sebelum ini bahawa mereka ini ada agenda yang bakal menyebabkan bahasa Melayu, kepentingan Islam dan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan BAKAL TERUSIK DAN TERGADAI.
Maka GUAN ENG HARUS INGAT, masyarakat umum pernah menghukum Umno-BN atas kegagalan membela rakyat yang dizalimi, maka kerajaan PH juga boleh dihukum rakyat atas kegagalan ini andai ia dibiar berterusan. – HARAKAHDAILY 30/6/2018


Rabu, 27 Jun 2018

'TAK AKAN DAMAI KERAJAAN CEMARI BAHASA KEBANGSAAN'


INGATAN UNTUK KERAJAAN BAHARU, jika awal-awal lagi identiti yang menyatukan rakyat ini hendak dicemari, maka ia satu petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tenteram akan melanda negara ini.” 

Itu amaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin BERIKUTAN TINDAKAN MENTERI KEWANGAN, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian menggunakan bahasa Mandarin di samping bahasa Melayu dan Inggeris yang dikritik netizen.

“Negara ini ada identitinya. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Tiada masalah dengan Bahasa Kebangsaan itu sejak sekian lama,” tegasnya.

Beliau mengingatkan barisan kepimpinan Kerajaan Pusat supaya menjaga identiti Bahasa Kebangsaan negara ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya pagi tadi, beliau berkata, Malaysia mempunyai bahasa Melayu yang menjadi identiti sejak dahulu lagi.

”Ia bukan punca pertelingkahan, bahkan ia antara sebab perpaduan di negara kita,” katanya.

Katanya lagi,
Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan meskipun negara itu turut mempunyai pelbagai kaum di dalamnya.

Semua kaum di sana fasih berbahasa negara mereka,” katanya.

Selasa, 26 Jun 2018

JAWAPAN BODOH DARI MAHATHIR


PETALING JAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, BELIAU TIDAK TAHU tentang laporan mengenai penglibatan hartawan Tan Sri Vincent Tan dan T7 Global Bhd dalam projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Saya tidak tahu mengenainya. Saya tidak boleh memberi komen. ANDA HARUS BERTANYA KEPADA VINCENT TAN,” katanya ketika diminta mengulas sama ada kerajaan akan mempertimbangkan semula untuk meneruskan projek ECRL kerana penglibatan Vincent Tan.

Dr Mahathir berkata, beliau “ok” dengan rancangan membina landasan kereta api tetapi menegaskan kosnya perlu dikurangkan dan sebab itulah kerajaan sedang merundingkan semula dengan kerajaan China mengenai perkara itu.

Beliau berkata, syarat-syarat semasa yang dicapai oleh kerajaan sebelum ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Malaysia yang antara lain adakah pembayaran harus dibuat tanpa mengambil kira kemajuan projek.

“Semua syarat ini perlu dirundingkan semula, dan jika kita memperoleh syarat yang lebih baik, sudah tentu kita akan meneruskannya tetapi kita berharap untuk mengurangkan banyak kos memandangkan banyak salahlaku telah dilakukan.

“Contohnya, meminjam  RM55 bilion dari China, kita berpendapat ia tidak harus melibatkan kos yang begitu tinggi (Tapi pinjam RM70 bilion tak tinggi???). Syarat itu ialah kontrak yang diberikan kepada syarikat dari China, menggunakan pekerjanya sendiri, membawa semuanya dari sana. Jadi apa yang Malaysia dapat. Kita mahu mendapatkan sesuatu untuk Malaysia,” kata beliau.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang berunding dengan pemilik Proton supaya Malaysia menjadi pembekal untuk komponen keretanya.

“Kita mahu mencuba dan mempunyai pembekal  tempatan membekalkan komponen dan juga mungkin mengadakan usahasama,” kata beliau ketika diminta mengulas mengenai pertemuan beliau dengan wakil Geely minggu lepas.

Mengenai komen beliau baru-baru ini yang membayangkan untuk mengkaji semula perjanjian air Malaysia dengan Singapura, Dr Mahathir berkata ia bukan perkara yang perlu disegerakan kerana kerajaan harus memberi perhatian kepada isu-isu lain untuk diselesaikan buat masa ini (ALASAN).

Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 20 Jun 2018

#PANAS PERLANTKAN MB: TUN M PECAHBELAH PKR S'NGOR, HALANG ANWAR UNTUK BERKUASA


CALON MENTERI BESAR SELANGOR, DR IDRIS AHMAD berkata beliau adalah satu-satunya calon yang mendapat sokongan daripada kesemua parti di dalam Pakatan Harapan.

Baca disini: KLIK DISINI

Kata beliau, "Saya ada sokongan semua parti dalam HARAPAN manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali."

Baca di sini: KLIK DISINI

Doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan fotokopi surat sokongan yang ditandatangani oleh keempat-empat parti.  Jangan Katakan 'TIDAK' Pada Tun Mahathir

Perlantikan Aminudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan mendapat sokongan kuat daripada mantan Menteri Besar, DS Azmin Ali. 

Ada Kes Rasuah Kat Mahkamah Boleh Jadi Menteri Kewangan Tapi Ada Khabar Angin Penyelewengan PTPTN 'HARAM' Jadi MB

Malah dikatakan fitnah penyelewengan dana PTPTN oleh Dr Idris Ahmad beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah Menteri Besar dikatakan dibuat oleh pihak dalaman parti.

Baca disini: KLIK DISINI

Ini juga dikatakan bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti beliau dan satu usaha untuk menghalang beliau dari menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. 

PAKATAN HARAPAN Negeri Kena Buat Gerakan Selamatkan Negeri Dari MB. 

Kalau dulu masa nak jatuhkan kerajaan BN, Tun Mahathir buat gerakan "SELAMATKAN MALAYSIA"...

Nampaknya penyokong PH peringkat negeri kena buat satu lagi gerakan SELAMATKAN NEGERI DARI MB...

Sebabnya cuma baca kenyataan tiap2 MB dinegeri PH memerintah:

MB Perak - Ijazah palsu dan pandai menari sebab tu buat rumah terbuka Aidil Fitri kat Taman Tema Movie Animation Park Studio.

MB Johor - Buat perangai UMNO.

MB N9 - "Kalau MB sebelum ni boleh 5 portfolio, kenapa tidak saya".


MB Kedah - Dalam PH sendiri tak suka, paling 'WIN' kanak-kanak ambil sampul duit raya di Rumah Terbuka pun kena chop kat tangan sbb takut ambil dua kali katanya.

MB Melaka - Siap ada demo dan kena panggil dengan Mufti Melaka sebab disyaki berfahaman Syiah.

MB Selangor - Paling suwey, dilantiknya orang luar Selangor.

OH MALAYSIA BARU KU...



Isnin, 11 Jun 2018

KISAH MENYAYAT HATI NASIB PKR DALAM PAKATAN HARAPAN !!!


PRESIDEN PARTI DAPAT PANGKAT Timbalan Perdana Menteri yang tidak bermakna, tiada kuasa dan tidak dalam perlembagaan. Paling kuasa ialah Kak Wan boleh kawal menteri hal-ehwal Wanita dengan projek utama mahu alihkan simpanan 2% caruman KWSP suami kepada bini.

Timbalan presiden parti yang juga merupakan ANAK BUAH PM MAHATHIR DAPAT JADI MENTERI yang kawal Petronas, Khazanah, FELDA, Tabung Haji dan PNB dengan dana masing-masing bernilai lebih dari RM1.5 trillion. Dia juga ditugaskan untuk mengawal semua hal-ehwal perdagangan luar negara.

Ketua Umum parti pula dapat pangkat suami kepada Timbalan Perdana Menteri dan dapat duduk diam-diam bertahun2 sambil berharap Mahathir mungkin tunaikan janji dia.

Sumber: KLIK DISINI

Ahad, 10 Jun 2018

MALAYSIA BAHARU ADALAH MALAYSIAN MALAYSIA?


1. Setelah hampir sebulan Kerajaan Malaysia yang baharu terbentuk, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat halatuju *rupa bentuk negara yang mahu dibina semula oleh Pakatan Harapan (PH) adalah 'MALAYSIAN MALAYSIA'.* Hakikat ini dapat diperhatikan daripada beberapa tindakan yang telah diambil oleh kerajaan yang didominasi oleh PH pasca PRU 14.

2. Dalam konteks ini, PPP sependapat dengan Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, beberapa keputusan yang telah diambil oleh PH adalah sebahagian dari usaha untuk menonjolkan agenda Malaysian Malaysia, seperti yang disiar oleh Utusan Malaysia dua hari yang lalu. SECARA TIDAK DISEDARI, agenda ini semakin mula dilaksanakan setelah ditolak sejak 60 tahun lalu.  Rujuk disini: http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2017/10/perjuangan4all-balik-pulau-pulau-pinang.html

3. Malah yang lebih membimbangkan pelaksanaan agenda Malaysian Malaysia oleh PH selepas memenangi PRU 14 dilakulan secara drastik, yang boleh mengundang tindakbalas tegas oleh masyarakat bumiputera yang merupakan golongan majoriti di negara ini. PPP meyakini, DAP ADALAH PIHAK YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MAHU SEGERA MEREALISASIKANNYA.

Jumaat, 8 Jun 2018

PAKATAN MENANAM KEBENCIAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU


PEGUAM PKR LATHEEFA KOYA DAN MARIA CHIN hari ini mendesak pihak PDRM untuk menghentikan siasatan ke atas Dato Abdul Kadir Jasin, Ketua Media dan Komunikasi, Kerajaan PH.  Adakah hari ini kerajaan Pakatan Harapan sudah mengubah polisi dengan menghalalkan sesiapa jua untuk memfitnah, menghina dan memperlekeh DYMM SPB YDP Agong?

ADAKAH INI MAKSUD KEBEBASAN BERSUARA?  Adakah kebebasan bersuara bermakna fitnah dihalalkan, cerita boleh direka untuk menghasut rakyat membenci Raja-Raja Melayu?  

Bagaimana kalau rakyat macam saya memfitnah Tun Mahathir?  bagaimana kalau saya mendedahkan maklumat dana yang Tun Mahathir sekeluarga simpan di Bank Of Israel di Singapura?  Bagaimana jika saya menulis tentang dana yang Tun Mahathir terima dari Ting Pek Khiing dan Vincent Tan sebelum Pilihanraya dan sebagai timbal balas, Ting diberi projek Langkawi City 31 Billion dan Vincent Tan pula diberikan Projek Pembinaan Lapangan Terbang di Pulau Tioman? Adakah jika saya menghasut rakyat untuk membenci Tun Mahathir, Maria Chin dan Latheefa Koya akan mempertahankan tindakan saya atas dasar kebebasan bersuara juga?  

Isnin, 28 Mei 2018

PAKATAN HARAPAN MENYANYIKAN LAGU YANG BERBEZA2 SEKARANG


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai beban berat untuk dibawa terutama kerana beliau mempunyai masa kurang daripada 100 hari untuk berjalan semua ceramah manifesto itu kerana orang ramai memerhatikannya, kata Awang Selamat hari ini.
Editor kolektif di Mingguan Malaysia, edisi hari Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno, juga mendakwa bahawa pentadbiran Dr Mahathir dan PAKATAN HARAPAN SEMAKIN KURANG POPULAR, terutama di media sosial.
"Selama dua minggu yang lalu terdapat BANYAK KOMEN NEGATIF mengenai media sosial. Ia tidak kelihatan seperti Pakatan Harapan popular di kalangan rakyat, apabila ia sepatutnya betul selepas kemenangan GE14, "kata Awang.
Ia menimbulkan beberapa perkara yang boleh MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG RAMAI, termasuk yang didakwa melanggar undang-undang, BERTINDAK BALAS DENDAM, MEMPOLITIKKAN SIASATAN RASUAH terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan beberapa fakta yang dikatakan itu mengelirukan orang ramai.
"Apabila kita bercakap tentang isu-isu seperti Proton, harga minyak, GST, tol dan PTPTN, misalnya, mereka nampaknya menyanyi lagu yang berbeza sekarang.
"Inilah yang menimbulkan kemarahan, yang sememangnya akan memburukkan lagi keadaan.
Awang berkata ia bersetuju dengan pengerusi siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Othman dan veteran DAP Dr Tan Seng Giaw yang menyeru agar siasatan melibatkan Najib dijalankan mengikut prosedur supaya ia boleh kekal bebas prasangka.
"Kami percaya bahawa itu adalah yang terbaik, jadi rakyat tidak perlu menyaksikan mana-mana individu menjadi mangsa pembuli kepada kerajaan sekarang ketika mereka sedang memperjuangkan keadilan bagi semua orang.
"Ini adalah masa yang sangat penting untuk memenangi hati orang lain," katanya.

Ahad, 27 Mei 2018

#PAKATAN HARAPAN: KEADAAN POLITIK SEMASA OLEH PARA CIKGU CIKGU


Penulis postkan di sini tulisan seorang sahabat berkenaan keadaan sekarang ini.

SILAKAN MEMBACA:-

Sejak kembali ke #Zaman Tun ni, tempat kerja aku buat la majlis berbuka puasa di sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Ipoh ni. Yelah harga dah MURAH kan sekarang ni.

So wife kepada boss aku yang payung berbuka puasa ni bekerja sebagai seorang cikgu. So sambil makan2 tu, ada la dia bangkitkan sikit story Politik di Malaysia ni. Pada awalnya aku malas la nak join, baik aku layan makan lagi bagus.

Tapi bila dia sebut dalam whatsapp group cikgu2 ni dah mula merungut bila TIADA BONUS dan TIADA KENAIKAN GAJI. Aku jadi minat pulak nak dengar. 

Rupa rupanya dia orang dah mula mengata cikgu2 yang mengundi PAKATAN HARAPAN ni. Hahaha.. Mula2 cikgu2 yang ngundi PAKATAN HARAPAN ni duk pertahankan la jugak yang kononnya PAKATAN HARAPAN ni betul.

KESUDAHANNYA mereka akui kesilapan sebab mengundi PAKATAN HARAPAN. Diorg tak sangka jadi sampai tahap macam ni.. Baru berapa hari dia orang tadbir dah jd macam ni.. Tak tau apa jadi kalau 5 tahun ni..

So aku tanya la apa antara FAKTOR CIKGU2 NI UNDI PAKATAN HARAPAN. So dia pun sebutkan la serba sedikit..

1. Kerajaan TIDAK MENJAGA KEBAJIKAN cikgu2 ni, asyik bagi kepada tentera dan polis je.
2.
BANYAK SANGAT KURSUS yang cikgu kena pergi.
3. Sebab tak nak NAJIB jadi PM.

Aku ketawa la jugak sebab dengar alasan tu..
So aku jawab la balik..

Setiap tahun dalam belanjawan, Kerajaan BN pasti akan umumkan kenaikan gaji guru2 ni.
Tu bukan menjaga kebajikan ke namanya tu.?

Dia jawab balik. Dia kata. Cikgu2 ni demand ipad dan macam2 lagi keperluan, tapi tidak ditunaikan.

Aku gelak dengar alasan macam tu. Korang fikir la sendiri ye, demand cikgu2 tu.. Hahaha.

So aku jawab persoalan kedua.. Apa masalah pergi kursus.. Bukannya kerajaan tak bayar balik claim tu.. Dan kursus ni memang termaktub dalam pencapaian SKT kan..

Dia mampu angguk je..

Dan soalan ketiga aku jawab dengan soalan.. Dia orang tak suka NAJIB sebab apa..?

Dia jawab, sebab dengar NAJIB makan duit rakyat..

Hahahaha.. Aku cakap la.. Duit dalam bank korang habis NAJIB ambil ke..? Atau korang yang habiskan sendiri tiap2 bulan..

Jika NAJIB makan duit rakyat. Adakah sudah terbukti? Selagi mana belum terbukti.. Kita tak boleh nak tuduh NAJIB makan duit rakyat..

Malahan kena ingat apa yang DS NAJIB buat untuk negara.
NAJIB wujudkan BRIM sampai tahap 7 Juta penerima di seluruh Malaysia.

KINI BR1M DIBAWAH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN, TELAH DIKURANGKAN jumlah penerimanya.! Hanya 2 juta sahaja yang layak menerima BRIM dengan nilai yang rendah.!

Banyak lagi bantuan yang diberi secara terus kepada rakyat. Sebagai contoh BANTUAN PERSEKOLAHAN RM100 bagi setiap anak. BAUCAR BUKU UTK PELAJAR2 RM250, dan macam2 lagi.

Aku bagi satu persoalan pada dia. Rasa2nya lah adakah Kerajaan PAKATAN HARAPAN akan meneruskan lagi program2 ini..?

Dia terdiam..
Sama2 lah kita nilaikan nanti ye..

Adios.
R.K


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...