Memaparkan catatan dengan label Pengerusi JKKK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengerusi JKKK. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2016

JKKK Benteng Pertahanan Dan Kekuatan Kerajaan Adakah Berfungsi ???

Kekuatan Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa kini adalah bergantung kepada kekuatan peringkat akar umbi yang dipimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata JKKK juga berperanan penting menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Kerajaan BN terus kekal mentadbir negara.

"
Kalau tidak ada input daripada pihak JKKK, agak sukar untuk kita bawa pembangunan, begitu juga dengan pelaksanaan program.

Ahad, 22 Mei 2016

Pecat Pengerusi JKKK Cuai Jalan Tugas Dan Pentingkan Projek

Kerajaan Terengganu tidak akan berkompromi dengan mana-mana Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang tidak menjalankan tugas dengan baik sebagaimana yang telah ditetapkan.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, tindakan tegas akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan secara serta-merta sekiranya JKKK tersebut melanggar peraturan dan tidak menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dilaksanakan di bawah transformasi politik menerusi konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

"Kita tak mahu ada lagi pengerusi JKKK yang tidak melakukan kerja dengan baik yang mana mereka tidak ambil tahu mengenai masyarakat di kawasan mereka... kita juga tak nak dengar lagi rakyat merungut JKKK mereka mementingkan kroni sahaja hingga nak tandatangan borang pun susah.

Ahad, 17 Februari 2013

Program 'Titian Kasih' bersama Veteran UMNO DUN Rhu Rendang



Rhu Rendang 16/02/2013 - Program 'Titian Kasih' Pemimpin bersama Veteran UMNO DUN Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 10.00 pagi. Seramai 250 orang Veteran UMNO hadir termasuk Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK, Ketua Penyelaras Pemuda DUN dan diakhirI dengan jamuan makan tengahari.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO DUN Rhu Rendang selaku Pegawai Pembangunan DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan jutaan terima kasih keatas semua Veteran UMNO yang hadir dan boleh memberi nafas kepada kedudukan politik Melayu di DUN Rhu Rendang ini menerusi usaha menarik atau memujuk ahli keluarga atau saudara mereka menjadi pemilih berdaftar. 

Isnin, 7 Januari 2013

Pemimpin mendekati pemuda harapan bangsa



Rhu Rendang 05/01/2013 - Orang dewasa dan orang tua janganlah melupai sejarah mereka sendiri sewaktu berusia muda. Tidaklah rugi untuk menyantuni orang muda dengan penuh hikmah. Lagi pun,  khidmat dan layanan orang muda juga yang didambakan apabila kaum dewasa makin dimamah usia, serta tidak lagi berdaya!

Pancaroba yang menanti generasi muda bukan sedikit. Pengaruh hedonisme dan aliran pemikiran ekstrem perlu diawasi. Begitu pun, generasi dewasa tidak seyogia terlalu keras dalam urusan yang melibatkan anak-anak muda ini jika tidak mahu mereka menjauhkan diri.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Majlis berbuka puasa PP Dun Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK/Ketua Pemuda/Wanita/Puteri


Rhu Rendang 17/08/2012 - Majlis perjumpaan bulanan dan berbuka puasa Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang bersama Pengerusi JKKK, Ketua Wanita/Pemuda/Puteri UMNO telah diadakan pada petang ini di Rhu Muda Beach Resort, Marang, Terengganu.

Seramai lebih kurang 50 orang hadir dimajlis yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim, berlebih-lebih lagi menjelangnya hari lebaran. Turut hadir En. Anuar bin Yahya, Tim Peg. Pembangunan DUN Rhu Rendang selaku Pengerusi APMT Daerah Marang.

Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dimajlis yang serba ringkas tetapi penuh bermakna bagi DUN Rhu Rendang.

Khamis, 26 Julai 2012

JKKK diminta agih kurma dari rumah ke rumah


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini diminta mengagihkan kurma dan air zam zam dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penduduk beragama Islam menerima bekalan tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata langkah itu bertujuan memastikan semua penduduk beragama Islam berpeluang menikmati buah kurma dan air zam-zam yang diberi secara percuma oleh kerajaan negeri pada bulan Ramadan.

Katanya, pihaknya tidak mahu lagi menerima aduan mengenai ada penduduk yang tidak menerima makanan istimewa tersebut disebabkan kelalaian JKKK.


“Seperti tahun sebelum ini, ada penduduk yang mendapat bekalan lebih daripada sepatutnya manakala sesetengah penduduk tidak menerima langsung bekalan yang disediakan kerajaan.

“Kita seboleh-bolehya mahu pemimpin setempat mengagihkan sendiri makanan istimewa itu dari rumah ke rumah kerana menyedari mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan pemimpin setempat,” katanya.

Seorang penduduk dari Kampung Bukit Cempaka, Batu Rakit, Awi Nik, 70, berkata keluarganya yang belum lagi menerima hadiah istimewa dari Menteri Besar itu yakin akan dapat dalam tempoh terdekat dari Pengerusi JKKK.

Katanya, dia bagaikan tidak sabar untuk menerima dan merasainya kerana yakin kurma yang diagihkan itu sedap dan berkualiti.

“Saya berharap agihan kurma dan air zam-zam ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana mampu memberi pengertian yang cukup besar kepada penduduk,” katanya.

Ahad, 1 Julai 2012

JKKK Kg Alur Tuman rancang masa depan anak-anak



Kira 400 orang telah hadir di Program Ramah Mesra bersama pemimpin di depan Pusat Khidmat Masyarakat JKKK Kampung Alur Tuman, kelmarin.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alur Tuman telah membelanjakan RM1220 untuk 120 orang kanak-kanak di Kampung Alur Tuman dan dalam proses membuka akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).


Program tersebut telah dihadiri oleh Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Penghulu Mukim Pulau Kerengga serta pemimpin-pemimpin sekitarnya.

Haji Nik Dir berkata, program ramah mesra yang dianjurkan oleh JKKK Kampung Alur Tuman ini amat baik untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat dengan pemimpin supaya setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

Ahad, 10 Jun 2012

Program Pemimpin Bersama Masyarakat JKKK Kg. Alur Tuman


Rhu Rendang 09/06/2012 - Program Pemimpin Bersama Masyarakat yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat JKKK Kg. Alur Tuman, Marang telah diadakan bagi pertama kalinya pada hari ini bermula jam 10.00 pagi. 

Pengerusi JKKK Kg. Alur Tuman, En. Khasperi bin Muda berkata program yang julong kali diadakan adalah sempena menaik taraf kampong yang dahulunya dibawah JKKK Kg. Pulau Kerengga. Ini memandangkan dengan pertambahan penduduk yang begitu ketara berjumlah 534 orang bagi Kg. Alur Tuman dengan 134 buah rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...