Ahad, 17 Februari 2013

Program 'Titian Kasih' bersama Veteran UMNO DUN Rhu Rendang



Rhu Rendang 16/02/2013 - Program 'Titian Kasih' Pemimpin bersama Veteran UMNO DUN Rendang berlangsung di Dewan Utama Majlis Daerah Marang bermula jam 10.00 pagi. Seramai 250 orang Veteran UMNO hadir termasuk Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK, Ketua Penyelaras Pemuda DUN dan diakhirI dengan jamuan makan tengahari.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO DUN Rhu Rendang selaku Pegawai Pembangunan DUN, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, mengucapkan jutaan terima kasih keatas semua Veteran UMNO yang hadir dan boleh memberi nafas kepada kedudukan politik Melayu di DUN Rhu Rendang ini menerusi usaha menarik atau memujuk ahli keluarga atau saudara mereka menjadi pemilih berdaftar. 

Beliau juga  berharap veteran UMNO ini dapat membantu perjuangan parti membantu orang Melayu di kawasan ini dan menjayakan agenda transformasi politik yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Selain daripada itu beliau berharap Veteran UMNO berupaya menyuntik semangat baru kepada ahli UMNO dan mengukuhkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 pada bila-bila masa, agar usaha membantu Barisan Nasional (BN) menawan semula DUN Rhu Rendang daripada pakatan pembangkang (PAS) yang menguasainya sejak 31 tahun yang lalu berjaya dengan cemerlang.

Untuk paparan selanjutnya sla layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...