Khamis, 28 Februari 2013

'KAFIR KAH AKU' bersama BR1M 2.0 Fasa Kedua DUN Rhu Rendang


Rhu Rendang 27/02/2013 - Janji Ditepati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) Fasa Kedua bagi Peti Undi Seberang Marang, Atas Bukit, Batangan, Rhu Muda dan Pulau Kerengga berlangsung pada hari ini jam 9.00 pagi di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Seramai 900 orang penerima daripada peti undi tersebut hadir dengan jumlah pembayaran RM450,000.00, dimana kebanyakkannya adalah warga emas dan wanita.

Namun begitu program yang diatur pada hari ini disulami dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu Ismail @ Cikgu Non (C.N Al-Afghani) yang didatangkan khas dari Kedah untuk menterjemahkan apa yang tertulis dan terkandung di dalam buku yang ditulis oleh beliau iaitu 'KAFIRKAH AKU' dan beberapa buah buku yang akan diterbitkan.

 
Salah seorang penerima BR1M malu apabila gambar dirakamkan
kerana beliau adalah pengikut Tuan Guru Haji Hadi 
Cikgu Non atau nama sebenarnya adalah Zainon bin Ismail, bekas seorang guru dan berhenti sebagai guru semata-mata untuk membantu perjuangan PAS.

Beliau juga pernah berjuang bersama-sama Mujahidin di bumi Afghanistan sekitar tahun 1988, yang merupakan ahli PAS seumur hidup.

Beliau sangat taksub dengan Amanat Haji Hadi sehinggakan sanggup mengkafirkan saudara kandungnya sendiri dan pernah di tahan dibawah ISA pada tahun 2001 hingga 2006 atas tuduhan mengetuai Kumpulan Muhahidin Malaysia (KMM).


Dalam ucapannya hampir sejam telah menimbulkan beberapa perkara yang terkandung didalam buku yang diterbitkan dan sebab-sebab beliau dipecat daripada PAS.

Penjelasan yang cukup mendalam dengan berfaktakan pengalaman dan contoh-contoh isu semasa serta mengharapkan mereka yang hadir menerimanya sebagai satu pandangan buat perbincangan.

Beliau mewakafkan diri berhijjrah dari satu tempat ke satu tempat adalah semata-mata untuk mencari titik kebenaran dan perpaduan ummah, agar kita sama-sama seiring bersama orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.

"BIMBINGLAH KAMI KE JALAN YANG LURUS. IAITU JALAN ORANG YANG ENGKAU TELAH KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA, BUKAN JALAN ORANG YANG DIMURKAI DAN BUKAN PADA JALAN ORANG YANG SESAT"

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...