KEPUTUSAN pihak berkuasa negara menahan bekas anggota militan (atau masih anggota militan) Yazid Sufaatserta 2 yang lain semalam adalah tindakan terbaik untuk memastikan keselamatan rakyat negara ini.
Penahanan ini tidak ada unsur politik dari apa segi sekalipun kerana Yazid Sufaat memang ‘nama besar’ dalam soal keganasan ini malah mendakwa pernah berjumpa dengan pemimpin Al-Qaeda, Allahyarham Osama Bin Laden.
Bukan sebarang orang boleh jumpa Osama, tapi si Yazid ini boleh jumpa, apa maksudnya tu? Nik Aziz pun tak pernah jumpa Osama walaupun dia terlebih dahulu pernah menyokong keganasan di Memali.
Pendek kata, tidak ada isu politik disitu, tapi tindakan pembangkang cuba mempolitikkanya seolah-olah menggalakkan kelahiran lebih ramai orang seperti Yazid.
Hakikat Yazid ditahan mengikut undang-undang baru yang diperkenalkan kerajaan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Berbeza dengan ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 2 tahun, Akta terbaru ini hanya membenarkan penahanan tanpa bicara selama 48 jam untuk tujuan siasatan sebelum pihak berkuasa perlu mendapatkan perintah Mahkamah untuk tempoh tahanan yang lebih panjang.
Dalam kes Yazid, dia dan seorang wanita Halimah Hussein sebentar tadi baru sahaja dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menggalakkan keganasan, tidak sampai 48 jam pun tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan. Nasib seorang lagi lelaki yang turut ditahan, masih tidak dapat dipastikan.
Ini semua membuktikan transformasi perundangan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya sebab kalau ISA masih ada, polis boleh tahan lebih lama lagi.
Walaupun semua tahanan di bawah ISA sebelum ini adalah atas sebab yang baik, tapi pengenalan akta ini memberikan rakyat Malaysia perlindungan dari ancaman keganasan, dalam masa yang sama tertuduh juga mempunyai peluang yang jauh lebih luas untuk mempertahankan diri.
Jadi apa rasional pembangkang dengan menggunakan NGO haram seperti SUARAM, mempolitikkan perkara ini?
Bukankah ini isu keselamatan rakyat yang perlu diberi pertimbangan yang serius oleh kerajaan? Atau pembangkang suka tengok kejadian keganasan yang berlaku di luar negara, berlaku di negara ini baru mereka nak menyokong ketegasan pihak berkuasa?
Kalau berlaku peristiwa yang tak diingini, muka pembangkang ini juga yang lantang menghentam kerajaan, bila ambil tindakan, dia juga yang lantang mepersoalkan.
Memanglah kalau dah nama pembangkang, semua benda pun dia nak bangkang, waima bagi sumbangan pada Hamas sekalipun. Bilalah pembangkang di negara ini nak matang?