Rabu, 20 Februari 2013

Janji Ditepati - Pengagihan BR1M Siri ke 6 & 7 Peti Undi P/Kerengga & Rusila


Rhu Rendang 19/02/2013 - Janji Ditepati 'Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) siri ke 6 dan 7 bagi Peti Undi Pulau Kerengga dan Rusila berlangsung pada hari ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang, di Dewan Utama Majlis Daerah Marang.

Seramai 844 orang menerima bantuan terdiri daripada Kg. Pulau Kerengga, Kg. Gong Beris dan Kg. Kuala Tengah disebelah paginya.  Manakala disebelah petangnya pula dari RUSILA (304 orang), Taman Rashidah (114 orang) dan Taman Bukit Indah (8 orang), dengan pembayaran tunai berjumlah RM422,000.00.

Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Turut hadir YB Datuk Abdul Rahman Bakar selaku Pengerusi UMNO Marang.

 

Tuan Haji Nik Dir mengingatkan kepada semua penerima bantuan hendaklah berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional diatas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan bukannya untuk meraih undi didalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.


Namun begitu, jika pemberian BR1M 3.0 dan seterusnya untuk diteruskan, maka rakyat perlu memberi mandat yang padu kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah dan memenangi PRU ke 13.

Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa Kedua juga akan diadakan pada tarikh-tarikh yang akan ditetapkan bagi mereka-mereka yang tidak disenaraikan didalam penerima Fasa Pertama.

Untuk paparan selanjutnya sila layari lama facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI UNTUK SIRI KE 7 dan DISINI UNTUK SIRI KE 8
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...