Memaparkan catatan dengan label SHAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SHAP. Papar semua catatan

Selasa, 10 Julai 2012

Program Shap di setiap pusat daerah mengundi


Badan Perhubungan Umno Terengganu kini memberi tumpuan kepada program 'Setiap Hari Ada Program' (Shap) yang dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negeri, bermula 1 Julai lalu, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

Ketua Penerangan Umno Terengganu YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi mempunyai jawatankuasanya sendiri.

“Shap adalah lanjutan daripada Program Juara Rakyat, Majlis Penerangan Perdana, Seminar Wasatiyyah & 1Malaysia, Tinjauan Mesra Penerangan dan pelbagai kursus yang telah dijalankan.


"Program ini dijalankan secara bersepadu melibatkan perbagai pihak, termasuk jentera dan penerangan bahagian Umno sehingga menjelang PRU Ke 13,” katanya.

Menurutnya, dia yakin semua jawatankuasa di 342 pusat daerah mengundi di seluruh Terengganu komited dan serius melaksanakan program ini kerana mahu melihat Barisan Nasional menang besar pada pilihan raya akan datang.

“Pelbagai aktiviti boleh dirancang melalui Shap bagi mendekatkan pemimpin setempat bersama rakyat, mengerakkan jentera parti dan merapatkan hubungan rakyat bersama Umno.

“Antara aktiviti itu adalah sukaneka, kejohanan bola sepak dan futsal, sukan rakyat, melawat orang uzur, menziarahi pesakit di hospital dan gotong royong,” katanya.

Sumber:teganukita

Isnin, 2 Julai 2012

Umno perkenal Shap di setiap daerah mengundi


Image
KUALA LUMPUR - Umno akan memberi tumpuan kepada program 'Setiap Hari Ada Program' atau Shap yang akan dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri.

Beliau berkata sebelum ini, Umno menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh.

"Shap akan dimulakan hari ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kepong di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi Umno dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap.

Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen, katanya. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...