Sabtu, 31 Januari 2015

Bekas Setiausaha Politik MB Terengganu dihukum penjara 3 bulan


PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dikenakan hukuman penjara tiga bulan selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah atas dakwaan menghantar SMS ugutan kepada tiga bekas wakil rakyat Barisan Nasional dan SMS fitnah kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, pada 2009.

Rabu, 28 Januari 2015

Pejabat Suara Keadilan diserbu polis, buku Zunar dirampas



Pejabat akhbar milik PKR Suara Keadilan diserbu sekumpulan polis kira-kira jam 10.30 pagi tadi untuk merampas beberapa buah komik karya kartunis Zulkifli Anwar Al-Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar.


Menurut seorang kakitangan Suara Keadilan, pada awalnya hanya dua orang sahaja polis yang datang ke pejabat akhbar tersebut untuk mengambil keterangan namun tiada yang enggan memberi bekerjasama.

Selasa, 27 Januari 2015

PENYAKIT BERJANGKIT PR MEREBAK KE DALAM MIC ???


PETALING JAYA: Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel sedia mengambil tindakan tegas terhadap penentangnya dalam parti itu yang menghadiri satu mesyuarat khas dengan timbalan presiden pada Sabtu.

Antara yang hadir dalam mesyuarat dengan Datuk Seri Dr S. Subramaniam itu ialah 90 ketua bahagian parti berkenaan.
Menurut Palanivel, sebarang keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat itu tidak boleh digunapakai dan menyalahi peraturan parti.

Isnin, 26 Januari 2015

INILAH DIA SIKAP/PERANGAI SEBENAR RAJA BAHRIN

KENAPA LAH BUSUK SANGAT HATI MP KUALA TERENGGANU ? 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Malaysia disaran mengikut jejak langkah kerajaan Indonesia dalam menangani masalah kehadiran nelayan warga asing yang menceroboh perairan negara dengan meletupkan kapal mereka.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, telah tiba masanya kerajaan Malaysia mengambil langkah sama supaya masalah yang sedang berlaku di negara ini dapat diatasi segera.

Ahad, 18 Januari 2015

Husam MB Swasta yang jaga air muka Kelantan ???


Cuma gelaran diberikan kepada Husam sebagai MB Swasta

Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.

Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat oleh kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri.

Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahulu pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.


Sebenarnya apa dibuat Husam itu bukan pelik sangat, tetapi ia lahir daripada sifat Husam yang suka mengambil berat kepada masalah rakyat sejak dari dulu lagi. Disamping itu kerajinan itu menyerlahkan kebolehan dan kemampuan Husam sebagai seorang pemimpin.

Khamis, 1 Januari 2015

Kelantan dijangka pulih 3 hingga 6 bulan


KOTA BHARU - Kemusnahan di Kelantan akibat banjir terburuk dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk dipulihkan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata,  beberapa langkah penting telah dicapai  menerusi mesyuarat jawatankuasa Task Force  Pasca Banjir peringkat negeri dicapai hari ini.

"Kita juga telah meluluskan peruntukkan  untuk Pihak Berkuasa Tempatan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan ia sudah dimulakan hari ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...