BANGI - Cadangan untuk mewujudkan
sekolah satu aliran boleh dijadikan sebagai satu simbolik kepada gagasan
1Malaysia yang perlu ditinggalkan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat di
negara ini.
Pensyarah Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr
Mohammad Agus Yusoff berkata cadangan itu boleh dikenang sepanjang zaman.
"Ia sebagai satu momento
besar yang boleh seorang Perdana Menteri tinggalkan...kalau kita tengok Tun
Mahathir, dia tinggalkan KLCC, Putrajaya, KLIA, Wawasan 2020 yang orang
bercakap sampai ke hari ini.
