Memaparkan catatan dengan label #PRK Pengkalan Kubor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #PRK Pengkalan Kubor. Papar semua catatan

Selasa, 23 September 2014

PENYAKIT BERJANGKIT PKR MEREBAK KEPADA PAS ???

PAS Kutuk Poster Ceramah Palsu PasMa
PENGKALAN KUBOR: PAS mengutuk poster ceramah kononnya anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang digunakan sebagai bahan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, PAS tidak pernah menjemput PasMa (Klik) atau mana-mana anggotanya mengadakan program atau ceramah di kawasan pilihan raya itu.

"Hari-hari terakhir kempen, poster yang berniat jahat terhadap PAS cuba memberi satu gambaran tidak baik kepada PAS dan pimpinan PAS.

Kita dapati dalam kawasan pilihan raya 'banner' sengaja dilekatkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan pimpinan parti yang disebut sebagai ceramah perdana PasMa," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sabtu, 20 September 2014

FITNAH MEMFITNAH ADALAH UMPAMA ISI DENGAN DAGING BAGI PAS ???


Ulama Pas diminta nasihat anggota parti henti fitnah - Muhyiddin

TUMPAT 20 Sept. - Ulama atau tok guru Pas diminta menasihatkan anggota parti itu supaya tidak lagi melakukan fitnah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini terbukti berjaya membangunkan negara mengikut acuan Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas tidak pernah berhenti membuat fitnahterhadap apa yang kerajaan lakukan untuk rakyat negara ini.

Khamis, 18 September 2014

#PRK PENG. KUBOR: BUDU KETEREH MENJADI SASARAN PRK ?


TUMPAT, 18 Sept (Bernama) -- Kehadiran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, di sini sememangnya memberi rahmat kepada segelintir masyarakat terutama kepada pengusaha perniagaan.

Pengusaha kedai makanan khususnya menerima kehadiran pelanggan yang berlipat ganda berbanding sebelum ini, ekoran kedatangan masyarakat luar seperti pasukan keselamatan, petugas pilihan raya dan pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada PRK tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...