Sabtu, 20 September 2014

FITNAH MEMFITNAH ADALAH UMPAMA ISI DENGAN DAGING BAGI PAS ???


Ulama Pas diminta nasihat anggota parti henti fitnah - Muhyiddin

TUMPAT 20 Sept. - Ulama atau tok guru Pas diminta menasihatkan anggota parti itu supaya tidak lagi melakukan fitnah terhadap kerajaan dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini terbukti berjaya membangunkan negara mengikut acuan Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas tidak pernah berhenti membuat fitnahterhadap apa yang kerajaan lakukan untuk rakyat negara ini.


"Saya minta supaya Pas hentikanlah tuduhan memfitnah terhadap apa sahaja yang dibuat kerajaan dan BN untuk rakyat. Cukuplah buat fitnah.

"Saya minta tok guru dalam Pas nasihatkan anggota mereka supaya tidak lagi membuat fitnah terhadap BN dan kerajaan," katanya ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Ceramah Perdana di Pusat Khidmat Masyarakat BN Pengkalan Kubor di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Jentera BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, antara fitnah besar Pas terhadap kerajaan ialah kononnya kerajaan Pusat tidak menyerahkan royalti petroleum sebanyak RM12 bilion kepada Kelantan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...