Meraung lari pulang mengadu kena
buli, atau mengesat air mata dan membalut luka untuk terus berjuang bersama PR
demi kemaslahatan ummah? PAS fikirkan. Takkan saya pula kena tolong jawab?
Seandainya PAS gagal untuk menyedari hakikat keperluan
bekerja secara berjemaah serta untuk kembali kepada konsensus dan dasar bersama
PR, pastinya rakyatlah yang akan menanggung sengsara harus bertuankan Umno
untuk beberapa generasi lagi. Dan PAS akan terpaksa membina semula tapak
sokongannya yang roboh.
Ini adalah tuduhan serta cacian yang dilemparkan kepada Parti Islam SeMalaysia dan masih lagi gagal untuk mengambil kata putus yang muktamad bagi menyelesaikan kemelut keperibadian yang kian runcing.....