Memaparkan catatan dengan label Isu MB Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu MB Selangor. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2014

SIKAP BONGKAK AZMIN TERBONGKAR ?


KUALA LUMPUR: "Tiada siapa yang menangis," demikian reaksi Mohamed Azmin Ali berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya kini.

Dalam nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik.

Sabtu, 27 September 2014

PAS KELUAR DARIPADA PAKATAN RAKYAT ???


Ke mana arah tuju PAS selepas isu Selangor dan Pengkalan Kubor?

Dua isu, kemelut menteri besar Selangor dan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, jelas sama sekali tidak memihak kepada parti Islam, PAS.
Dalam isu Selangor, tindakan menghina dan mengkritik secara terbuka parti rakan sekutu bukan suatu tindakan bijak, malah mengeruhkan hubungan.
Lebih memburukkan lagi keadaan, apakah presiden PAS itu sendiri mempunyai tokoh kepimpinan sebagai seorang ahli politik yang boleh dicontohi?

Ahad, 21 September 2014

HADI JANGAN JADI TALAM DUA MUKA ??


Hadi pun tak cerdik mana, kalau disingkap kembali sejarah semasa beliau menjadi MB Terengganu jauh lebih baik Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Selangor.

Berlebih-lebih lagi sejak menjadi Ahli Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang, apa kah yang Hadi telah laksanakan selama ini kepada rakyat Marang ?

Nak turun padang jauh sekali !!!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS akan terus istiqamah mengadakan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.
Pada masa yang sama, beliau mahu rakan parti dalam Pakatan supaya tidak mengkhianatikerjasama (Klik) yang terbentuk.

Selasa, 16 September 2014

TEKTIK JAHAT JIJAH KIPAS TERBONGKAR ?


JIJAH KIPAS cuba melibatkan penduduk kampong dengan pihak Istana pulak. 

Berapa banyak kos yang telah ditaburkan ??? demi untuk mencapai cita-cita kotornya itu.

Itulah sebabnya krisis telah melangkaui masa yang begitu lama, maka apa-apa pun boleh berlaku.

Hampir 50 pemimpin NGO dan ketua kampung (Klik) Selangor hari ini berhimpun di ibu pejabat PKR bagi menunjukkan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.
NGO dan ketua kampung pro-PKR itu mewakili 20 NGO dan 22 wakil ketua kampung dari setiap parlimen negeri menegaskan Wan Azizah adalah calon terbaik kerana mempunyai kelayakan tinggi dan rekod cemerlang di samping sokongan majoriti ADUN.

Ahad, 14 September 2014

AKSI BADUT KRISIS MB SELANGOR BERMULA ?

Kencing mengencing mula bertaburan didalam Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR. Tapi DAP gelak ketawa dan bertepok tangan…..
Tingkahlaku Presiden PAS itu juga mencerminkan dirinya sebenar, seorang yang tidak menepati janji.
Persoalannya, adakah Khalid akan mendengar cakap Hadi? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu juga enggan mendengar nasihat sesiapa pun dalam partinya sendiri, mengambil contoh dalam isu serius seperti pembinaan lebuh raya dan penstrukturan air di Selangor.
Rekod Hadi semasa memimpin kerajaan negeri adalah lebih buruk. Beliau menjalankan tugas dengan buruk semasa menjadi menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004, sehingga PAS gagal menawan semula negeri tersebut walaupun wujud perpecahan dalam Umno.


Sabtu, 13 September 2014

TERJAHAN NIK AZIZ : PKR DAN DAP MUKA TEMBOK ?



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan PKR dan DAP yang memaksa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik keputusan menolak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Malah beliau dengan nada tegas turut menyifatkan kedua-dua parti itu sememangnya tidak berhak memaksa Abdul Hadi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
Bekas Menteri Besar itu berkata, PKR dan DAP hanya parti yang 'menumpang' dalam perjuangan PAS menentang UMNO selama ini.

Rabu, 10 September 2014

SYEIKH ABDUL HADI HILANG KUASA PRESIDEN PAS ??

Hadi langgar perlembagaan parti, kata biro undang-undang PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara.

Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.


Isnin, 8 September 2014

Salahuddin Ayub bersuara pulok doh ??


SERDANG: Walaupun PAS (haa. katakan saya kan senang)  mempunyai cita-cita untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor, tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk parti itu mengambil alih kerusi berkenaan.

Penegasan itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Jangan berfikir kami tidak mahu melihat wakil PAS menjadi menteri besar...kami mahu. Ia adalah cita-cita kami.

Ahad, 7 September 2014

MAT SABU PENYOKONG SETIA ANWAR DAN DALANG PERCAKARAN PAS & PR ???


Sebagai orang nombor dua dalam PAS yakni Timbalan Presiden Mohamad Sabu @ Mat Sabu sepatutnya tahu apa yang berlaku dan juga apa saja keputusan PAS. Pagi Jumaat agak pelik sikit bila beliau mengakui tidak tahu menahu mengenai perkembangan terbaru isu calon Menteri Besar Selangor.
Andaian dari pengakuan begini ialah tentu ramai bertanya apakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu sudah tak percaya pada Mat Sabu untuk bawa beliau berbincang sama hal yang penting ini.
Kita tidak boleh salahkan Mat Sabu kalau beliau nampak macam pening menghadapi isu ini.
Apa lagi sekarang tengah hangat berlegar kisah mendakwa bahawa senarai mutakhir tiga nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang dihantar oleh pejabat Presiden PAS tidak ada nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali.
Sebalik tiga nama yang dikemukakan ialah kalangan Exco PAS Selangor sendiri.
Manakala Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali pula bagi versi beliau sendiri tentang senarai itu.
Katanya dua mereka ialah ADUN PKR dan seorang ADUN PAS.

Beliau bagaimana pun tidak mahu sebut dua nama ADUN PKR.

 Sumber:agendadaily

Khamis, 4 September 2014

PKR PARTI BERMASALAH KEPADA PAS ?


Selangor tak selesai lagi, timbul pulak PENGKALAN KUBOR…..

Pemimpin PAS perlu membuat pendirian yang tegas dan tidak tunduk kepada desakan PKR bagi menjaga IMEJ PAS yang telah disongsangkan oleh PKR terutama Nuar BRAHIM.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan tidak akan dinamakan sebagai calon parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Menafikan khabar angin bahawa beliau akan dinamakan, Saifuddin berkata: 'Tidak, tidak sama sekali. Saya bukan calon. Saya tidak akan bertanding. Saya mempunyai banyak tugas untuk dilakukan'.

Malah Saifuddin berkata, beliau tidak tahu mengenai khabar angin itu.
Ketika PKR dan PAS bergelut mengenai kerusi Pengkalan Kubor, spekulasi bahawa Saifuddin merupakan calon pilihan partinya untuk bertanding dalam PRK itu tersebar.

Saifuddin, 50, tidak asing lagi di negeri Kelantan kerana beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Machang dari 2008 hingga tahun lalu.

Jumaat, 29 Ogos 2014

ANWAR KEDUA MUNCUL DALAM PAKATAN RAKYAT ?

Nik Nazmi tolak pencalonan PAS.

Baru saja memegang jawatan ketua AMK sudah mula mengeluarkan taring…konon..kononya menjadi pejuang tulin kepada Anwar Ibrahim !! Tuihhhhh

Agenda pertama adalah menghapuskan Akta Hasutan… ha..ha..

Agenda kedua untuk merampas tahta Timbalan Presiden PKR…..

Agenda ketiga untuk merampas tatha Menteri Besar Selangor……tuihhh…

Warga PKR pun tidak menyenangi beliau memegang jawatan tersebut, yang dilantik menggunakan kuasa VITO oleh Anwar.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menolak pencalonan PAS untuk menjadi calon menteri besar Selangor dan menyokong pendirian partinya untuk menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat kerana mencalonkan dirinya untuk memimpin negeri terkaya dalam negara.





Seorang lagi pemimpin Pakatan Rakyat menyertai gesaaan agar Putrajaya menghentikan serangan balas terhadap pemimpin mereka dan menuntut perdana menteri supaya memenuhi janjinya memansuhkan Akta Hasutan yang dibuat lebih dua tahun lalu.
Ketua Pemuda PKR yang baru dipilih, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ikrar Datuk Seri Najib Razak pada bulan Julai 2012 untuk memansuhkan akta itu, sejajar dengan rancangan transfomasi kerajaan, kini dilihat sebagai janji kosong.



Sabtu, 23 Ogos 2014

PAS TERENGGANU MASIH MERAGUI KEPIMPINAN PKR ???


Pas Terengganu minta pecat dua Adun


KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu akan menghantar surat meminta Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memecat dua Adun Pas di Selangor yang mendahului keputusan parti baru-baru ini.

Pendirian itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat parti peringkat negeri yang diadakan kelmarin dan bersetuju menghantar surat secepat mungkin sebaik isu Menteri Besar Selangor selesai.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan dua Adun membelakangkan parti sebagai tidak wajar dan apa yang dilakukan itu melibatkan soal wala’ atau ketaatan kepada pemimpin serta menyentuh prinsip Pas.

Jumaat, 22 Ogos 2014

KEPAKARAN PAS DALAM BIDANG "U-TURN" MEMANG DI PUJI ???


Hari ini cakap lain dan esoknya cakap lain pulak.

Tiada cadangan calon exco Pas jadi MB.

Pas Selangor tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.


"Kita tidak bincang isu (Pas jadi menteri besar) itu, cuma (ikut keputusan) mesyuarat Pas Pusat pada 17 Ogos lalu bahawa kita setuju menteri besar dari PKR, jadi sebab itu kita tak bincang lagi hal ini," KLIK

Khamis, 21 Ogos 2014

PAS PUSAT 2 x 2 DENGAN DUA ADUN "U-TURN" ??


Pas tangguh tindakan dua Adun Selangor

SHAH ALAM - Pas Pusat belum memutuskan tindakan sewajarnya terhadap dua Adun yang membelakangi pendirian parti dengan menyatakan sokongan terhadap Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menerima laporan dihantar Pas Selangor, bagaimanapun belum memikirkan tindakan kerana menanti penyelesaian kemelut politik di Selangor berakhir.

Isnin, 18 Ogos 2014

PAS sebenarnya tidak mempunyai pendirian tetap dan mengikut sandiwara politik pakatan suka menipu?


Nak dibincangkan dengan panjang lebar pun dah muak. Cakap tak serupa bikin. Hari ni cakap lain dan esok cakap lain. Allahhuakhbar...

Justeru, wajar bagi PAS di atas sandiwara yang berlaku ini untuk membuktikan bahawa mereka kini benar-benar parti yang didakwa ramai pihak sebagai 'TUNGGANGAN'.

Inilah dikatakan ULAMA AKHIR ZAMAN. Suka memutarbelit fakta, menipu rakyat. Namun begitu beliau masih berbangga diagung-agungkan oleh pengikut fanatiknya dan lupa segala-galanya.

Ya Allah Ya Tuhan ku, kau tunjukkan lah kekuasaan Mu pada mereka-mereka yang mengkhianati Mu serta mereka-mereka yang suka memesongkan pemikiran umat Mu di tahap yang membimbangkan dan yang boleh membawa kepada perpecahan sesama ISLAM sepertimana yang diamalkan oleh MAJLIS SYURA ULAMA PAS ketika ini.


Ahad, 17 Ogos 2014

ROS MASIH TIDUR DIBUAI MIMPI INDAH ???


Khalid bakal tubuh parti politik baru dan DUN akan dibubarkan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal menubuhkan sebuah parti politik baru bagi berdepan segala kemungkinan dalam kemelut penyingkirannya sebagai menteri besar Selangor.
Bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin juga menafikan bahawa Khalid berhajat untuk kekal sebagai menteri besar, sebaliknya segala urusan peralihan perlu berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
"Khalid bakal menubuhkan parti baru. Saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya.
"Pendirian Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat.

Sabtu, 16 Ogos 2014

WALAU APAPUN TERJADI, PAS TETAP TOLAK JIJAH KIPAS !!!


KUALA LUMPUR - Pas kekal dengan keputusannya tidak menerima Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu kekal dengan pendirian menolak Wan Azizah daripada menjadi Menteri Besar selari dengan titah Sultan yang memberi perkenan kepada Abdul Khalid walaupun mendapat tentangan daripada DAP dan PKR.

Khamis, 14 Ogos 2014

KERJA BERMUKA-MUKA DAN TAK IKHLAS MAJLIS PBT SELANGOR DIBERI KATA PUTUS !

Khalid (tiga, kanan) bergambar bersama barisan Exco (dari kiri) Halimah Ali, Ir Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi, dan Ahmad Yunus Hairi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam

SHAH ALAM: Selepas pemecatan lima ahli exco dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada Selasa, nasib Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor akan diketahui hari ini (Khamis).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada untuk memecat mereka hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada hari ini.

"Status Ahli Majlis PBT hanya akan diketahui hari ini (Khamis). Kami perlu melihat sama ada pentadbiran dan pembangunan di negeri ini dapat berjalan dengan lancar. Jika tidak ada keperluan berbuat demikian (menggugurkan mereka), kita tidak akan melakukannya.

Rabu, 13 Ogos 2014

LIM GUAN ENG CABAR SULTAN SELANGOR ???



KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH KHALID ADALAH ATAS PERKENAN TUANKU SULTAN SELANGOR.

DAP dan PKR sedia mencabar keputusan Khalid memecat enam Exco Kerajaan Negeri Selangor dan mendakwa tindakan itu tidak sah.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyatakan rasa kecewa di atas tindakan Menteri Besar Selangor yang memecat enam Exco Kerajaan Negeri daripada parti itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Khalid memberi alasan DAP dan PKR enggan menyokong beliau sebagai Menteri Besar bebas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...