Rabu, 13 Ogos 2014

LIM GUAN ENG CABAR SULTAN SELANGOR ???



KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH KHALID ADALAH ATAS PERKENAN TUANKU SULTAN SELANGOR.

DAP dan PKR sedia mencabar keputusan Khalid memecat enam Exco Kerajaan Negeri Selangor dan mendakwa tindakan itu tidak sah.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menyatakan rasa kecewa di atas tindakan Menteri Besar Selangor yang memecat enam Exco Kerajaan Negeri daripada parti itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Khalid memberi alasan DAP dan PKR enggan menyokong beliau sebagai Menteri Besar bebas.


“Tindakan Khalid itu adalah bertentangan dengan pendirian parti dan prinsip demokrasi di negara ini,” katanya.

Lim berkata kedua-dua parti sepakat tidak akan menerima surat pemecatan enam Exco kerajaan negeri berkenaan.

“Kami bersedia untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh Khalid,” katanya.

Katanya, pada pilihan raya umum 2013, rakyat Selangor mengundi 44 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat.

Menurutnya, walaupun mendapat sokongan daripada UMNO, Khalid tidak akan dapat membentuk kerajaan majoriti.

Dalam pada itu Lim berkata, dia telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Mustapa Ali untuk menyampaikan kepada pimpinan PAS bahawa empat Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menghadiri Mesyuarat Exco yang dijadualkan esok.

“Jika Exco PAS terbabit tidak menghadiri mesyuarat itu, ini menunjukkan solodariti mereka terhadap DAP dan PKR.

“Khalid perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai Menteri Besar dengan sokongan Pakatan Rakyat dan bukan sebab nama beliau Khalid Ibrahim,” katanya.

Dia turut mempersoalkan dakwaan Khalid yang mendakwa mendapat sokongan majoriti sedangkan sokongan adalah sama di kedua-dua pihak buat masa ini.

Lim turut meminta semua ahli untuk bertenang dan tidak menunjukkan kemarahan mereka terhadap apa yang berlaku di negeri ini.

Sementara itu, Ketua Umum PRK Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin 100 peratus bahawa tiada orang dari PKR yang akan menyokong Khalid.

Tambahnya, semua ADUN DAP dan PKR hadir dalam mesyuarat di ibu pejabat parti itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...