Selasa, 26 Ogos 2014

TAHNIAH SYEIKH ABDUL HADI AWANG !!!!


Gembira bercampur lega (KLIK) dengan pelantikan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau dilantik bersama Mufti Oman.

Manakala Tuan Guru Abdul Hadi sendiri ulama yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan keterbukaan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama Islam seluruh dunia yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.

Ia berlaku di tengah dunia Islam berada di persimpangan dan sebahagian umat Islam tercari cari identiti. Ketika dunia hampir melupakan fobia Taliban, muncul pula gerakan ISIS@ISIL yang mengundang fitnah baru kepada dunia Islam.

Ketika dunia Arab baru menikmati kebebasan demokrasi pasca Arab Spring, penggulingan Mursi di Mesir melahirkan kekecewaan terhadap demokrasi tersebut. Maka muncullah gerakan gerakan persenjataan yang diminati oleh sebahagian anak muda Islam yang kecewa dengan pendekatan demokrasi yang damai tersebut.

Tuan Guru Abdul Hadi mempertahankan pendekatan damai dalam menyelesaikan sebarang konflik dunia khususnya di Syria dan Mesir kini. Namun kadang kala ijtihad beliau dilihat bersendirian, hatta sebahagian kita di Malaysia pun ramai menolak ijtihad beliau dalam hal tersebut tanpa melihat lebih dalam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...