Ada lagi gambar nya di bawah |
JAKARTA 9 Ogos - Majlis Ulama Indonesia
(MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan
pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.
MUI mengeluarkan
fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang
menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi
ikutan di Indonesia.
Golongan
tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi
berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.
"Sudah ada
fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh,
pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen)
itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.
Menurut Ma'ruf,
MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu
tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.
"Kalau
sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk
yang sensual itu dilarang," kata beliau.
Sehubungan itu,
MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada
cara berpakaian yang menepati Syariat agama.
Sebelum ini,
sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai
Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian
ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media
sosial itu. - UTUSAN