SUBANG JAYA: Presiden MIC, Datuk S Subramaniam bersama pemimpin
Barisan Nasional (BN) yang lain akan meletakkan jawatan daripada kabinet
jika hudud dilaksanakan.
"Jika
selepas semua usaha kami hudud masih dilaksanakan, saya akan meletakkan jawatan
dalam kerajaan," katanya dalam mesyuarat luar biasa (EGM) MIC di Subang
Jaya hari ini.
Pengumuman
beliau disambut dengan tepukan gemuruh daripada perwakilan.
Semalam
Presiden MCA Datuk Seri
Liow Tiong Lai dan Presiden
Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengancam akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya hudud diluluskan.
