Rabu, 27 Disember 2017

ISU FELDA BOLEH JEJAS BN DAN PRU 14

SIAPA DALANG YANG MELANTIK ISA SAMAD ????

ISU PEMINDAHAN TANAH HAK MILIK FELDA di Jalan Semarak perlu diberikan perhatian serius kerana sedikit sebanyak BOLEH MEMPENGARUHI SOKONGAN RAKYAT TERHADAP BN PADA PRU AKAN DATANG.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, isu itu juga boleh mempengaruhi pola pengundian pada PRU14 kerana 54 kerusi Parlimen terletak di dalam kawasan tanah rancangan.

Beliau berkata, sudah sampai masa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad melakukan tindakan pembersihan dan menyelesaikan isu-isu yang membabitkan agensi itu untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Kalau ada pihak mengatakan bahawa pihak lain mendedahkan bangkai yang terdedah kini adalah untuk menutup bangkai yang lain, ini adalah salah sama sekali. Ini kerana, bau bangkai lain masih lagi dihidu walaupun ianya ditutup," katanya.

Ahad, 10 Disember 2017

WAN ASSHIMA CERITA PENGALAMAN SENDIRI BUAT MAKSIAT SEMASA MENGHADIRI PAU

KUALA LUMPUR - Dakwaan khalwat ahli Umno semasa Perhimpunan Agung Umno tidak menjadikan BEKAS AHLI PUTERI UMNO, WAN ASSHIMA KAMARUDDIN sebagai ahli Pas yang hebat. KLIK DISINI BACA LAH CERITA SEBENAR

Ketua Puteri Umno Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Shamsuddin berkata, kenyataan yang dibuat Wan Asshima sebaliknya mencemar kredibiliti Puteri Umno.

"Ia adalah kenyataan yang sangat berat dan dia perlu buktikan apa yang telah didakwa.

"Dia tidak patut keluarkan kenyataan sebegitu, oleh itu, tindakan perlu diambil," katanya ketika ditemui Sinar Online, di sini, hari ini.

Portal rasmi Pas, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno yang bermula pada 5 Disember 2017 lepas di PWTC, di sini.

Harakahdaily memetik bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.

Mas Ermieyati juga mengakui sedih dan terkesan dengan dakwaan yang dibuat Wan Asshima.

"Saya sedih apabila Puteri (Umno) saya ditohmah sebegini kerana mereka terpaksa tinggalkan keluarga untuk berjuang demi bangsa dan negara.

"Ada yang terpaksa berjauhan dari keluarga demi perjuangan bangsa," ujarnya lagi.

Menuntut permohonan maaf kepada Wan Asshima, Mas Ermieyati juga berpendapat tindakan tidak berasas itu perlu disiasat pihak berkuasa.

Oleh itu, katanya lagi, beliau mewakilkan Ketua Penerangan Puteri Umno, Haryati Hamzah untuk MEMBUAT LAPORAN POLIS ke atas dakwaan Wan Asshima.

"Dia perlu mohon maaf kepada Umno dan Puteri Umno," katanya lagi.

Sumber: KLIK DISINI

Selasa, 5 Disember 2017

PEMIMPIN PAKATAN BENGONG DENGAN TINDAKAN KHALID IBRAHIM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil PENDEKATAN LEBIH 'LUNAK' berbanding pemimpin partinya yang lain yang 'mempertikai' keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi sokongan kepada Umno.

Hadi berkata, Abdul Khalid hanya hadir ke Konvensyen Umno Selangor, dan bekas menteri besar itu juga tidak memberikan sebarang kata putus mengenai Umno.

"Kita tak tahu lagi. Tak ada satu perkataan pun dia (sebut nak) sokong Umno. Mengikut apa yang saya tahu beliau hanya hadir," katanya kepada media di majlis makan malam amal dan perasmian Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia di sini malam tadi.

Hadi berkata demikian ketika ditanya pendapatnya mengenai kehadiran Abdul Khalid di Konvensyen Umno Selangor yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu.

Isnin, 27 November 2017

"KATAK LOMPAT" DIMUSIM TENGKUJUH MENJADI-JADI ???

PAS sudah lama 'HIDU' Amiruddin akan lompat parti.

Bagaimanapun Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengaku agak terkejut apabila Amiruddin melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukannya parti serpihannya, Amanah.

"Kita MEMANG DAH JANGKA dia (Amiruddin) nak keluar parti. Sebab tindak-tanduk dia dah harum manis (hijau di luar, oren di dalam) sudah lama. 

"Cuma tidak tahu dia nak kemana. Biasanya ahli PAS akan pergi (sertai) Amanah tetapi tiba-tiba dia masuk Bersatu (PPBM)," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Mahfodz kemudiannya berkata beliau tidak menolak akan ada pengikut Amiruddin yang akan turut keluar parti dalam masa terdekat.

Rabu, 22 November 2017

ATUK MADEY PATUT KUMPUL 'BEKALAN AKHIRAT' DIUSIA EMAS

SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad disaran mengumpul 'BEKALAN AKHIRAT' pada usia emasnya daripada bersesak-sesak turun ke Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai calon, kata seorang pemimpin Umno.

Ketua Umno Bahagian Selayang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata beliau berbesar hati mahu menasihatkan bekas perdana menteri itu, sekiranya tiada mana-mana pihak yang mahu berbuat demikian.

"Jadi kalau tiada orang nasihat, biar saya yang nasihat (tapi) kalau tak nak dengar terpulang pada Tun. Kalau Tun dengar (nasihat ini) DALAM USIA TUN BEGITU TUA, TUN PATUT TUMPU KELUARGA (DAN) IBADAH. Tun sediakan untuk hari kemudian (akhirat) supaya kita sejahtera di dunia dan di akhirat.   

"Saya kesian (dengan Tun M), saya tak tahu kenapa tiada orang memberikan pandangan atau nasihat kepada Tun. ATAU TUN NI TAK BOLEH MAKAN NASIHAT?," soal beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.

Rabu, 15 November 2017

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) DIBUBARKAN ???

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Sebab Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki oleh Pendafrar Pertubuhan (RoS) adalah kerana PERINGKAT CAWANGAN DAN BAHAGIAN PARTI ITU MASIH BELUM BERBUAT DEMIKIAN.

Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bila peringkat bawah belum mengadakan mesyuarat masing-masing, maka mustahil bagi mereka hendak menghantar perwakilan ke AGM parti.

"Ketika ini, kita
BELUM MENGATUR MESYUARAT kerana untuk mengadakan AGM, kita kena adakan mesyuarat cawangan dahulu, kemudian peringkat bahagian, kemudian baru kita boleh tentukan siapa yang akan menghadiri AGM," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh memberikan kenyataan kepada RoS berikutan aduan bahawa
KEPIMPINAN TERTINGGI GAGAL MEMATUHI PERLEMBAGAAN PARTI itu, termasuk kegagalan semua cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat, selepas ditubuhkan setahun lalu.

Shahruddin dipanggil selepas lapan bahagian PPBM di Johor membuat aduan tersebut kepada RoS. -- BERNAMA

Isnin, 13 November 2017

KOMPOSISI BARU DAP BUKTI AGENDA KRISTIANISASI?

AKHIRNYA berlalulah sudah pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada Kongres Khas 12 November 2017-nya. Mengikut Perlembagaan DAP, pemilihan semula ini adalah bagi memilih 20 ahli CEC.

Seperti dimaklumi, keputusannya tidaklah jauh berbeza dengan keputusan pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012, di mana apa yang berbeza, selain urutan kedudukan calon-calon, hanyalah kemasukan Ronnie Liew Tian Khiew dan V Siva Kumar yang mengambil-alih tempat Karpal Singh dan Dr Boo Cheng Hau.

Mengikut Perlembagaan DAP juga, CEC DAP mempunyai kuasa untuk melantik tidak lebih dari 10 orang ahli tambahan ke CEC.

Setelah menyelidiki latar belakang 10 orang ahli tambahan yang dilantik ke CEC ini, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 7 daripada 10 orang ahli tambahan ini adalah penganut Kristian tegar, di mana sebahagian daripada mereka pula diketahui sebagai terlibat dengan AKTIVITI EVANGELISME KRISTIAN, iaitu Stephen Wong Tien Fatt, Thomas Su Keong Siong, Dr Ong Kian Ming, Hannah Yeoh Tseow Suan, Yeo Bee Yin, Dr John Brian Anthony dan Jannie Lasimbang.

Rabu, 8 November 2017

MODAL PILIHANRAYA HARAPAN

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menyiasat dakwaan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung tuduhan liwatnya membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dakwaan Ahli Parlimen Tambun itu merupakan satu tuduhan berat yang perlu kepada siasatan terperinci.

"Qazaf ini bila seseorang  tuduh seorang  yang lain lakukan zina dan liwat tanpa empat orang saksi.

"Apa yang dilakukan Tambun (Ahmad Husni) untuk nyata pertuduhan tanpa bawa saksi dan sebut nama anak buahnya yang jadi mangsa. Kita minta Jawi lakukan siasatan," katanya dalam sidang medianya hari ini.

Rabu lalu, ketika berhujah di dalam Dewan Rakyat, Ahmad Husni mengkritik bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.

Isnin, 6 November 2017

IBU 50 TAHUN YANG MASIH JELITA

WALAUPUN sudah mencecah USIA 50 TAHUN dan mempunyai dua anak lelaki, seorang wanita masih lagi kelihatan jelita dan mampu menandingi kecantikan gadis yang jauh lebih muda daripadanya.

Puspa Dewi yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini dipuji netizen kerana kecantikannya dan ramai menyangka wanita berasal dari Jakarta, Indonesia itu berumur sekitar 20-an selepas gambar majlis sambutan ulang tahun kelahirannya telah dimuat naik di Instagram.

Terdapat gambar yang mana Puspa diapit dua anak lelakinya dan dianggap netizen itu adalah teman wanita mereka, namun sebenarnya itu adalah ibu mereka.

Walaupun kebanyakan wanita beralih kepada produk kecantikan dan pembedahan plastik untuk mengekalkan penampilan muda mereka lebih lama, tapi bagi Puspa, dia mendakwa bahawa penampilannya yang sangat muda itu adalah semula jadi.

Puspa menganggap genetik dan gaya hidup sihat selain AMALAN DIET SEIMBANG memainkan peranan penting.

Aktiviti seperti renang dan badminton telah diamalkan sejak dari usia muda dan kini sering mengikuti kelas aerobik dan zumba beberapa kali seminggu.

“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata.

“Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira  dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar,” kata usahawan kosmetik itu.

Instagram milik Puspa telah mencecah puluhan ribu pengikut hanya dalam beberapa hari selepas foto yang diambil pada hari ulang tahunnya tular.


Sumber: KLIK DISINI

Khamis, 2 November 2017

SATU UNDI BOLEH UBAH KERAJAAN

TERENGGANU antara negeri paling rendah jumlah pemilih yang layak mengundi belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah SPR Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata, di negeri tersebut hanya 4.7 peratus daripada 35,996 jumlah pengundi yang layak belum mendaftar.

Katanya jumlah itu sangat sedikit berbanding negeri-negeri lain.

“Namun sikap tidak mahu mendaftar tidak wajar kerana setiap satu undi itu amat berharga dan boleh mengubah sesebuah kerajaan.

“Senario pada waktu ini dua undi sahaja boleh menukar sebuah pentadbiran kerajaan. Satu undi juga boleh mengubah kedudukan seseorang wakil rakyat,” katanya pada taklimat Penolong Pendaftar Pemilih di sebuah hotel di Kuala Terengganu hari ini.

Beliau juga berkata, statistik warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sehingga suku kedua 2017 seramai 757,834 orang layak mengundi. - HARAKAHDAILY 2/11/2017


Khamis, 26 Oktober 2017

#BUDGET HARAPAN: GENDANG TIN KOSONG !!!

Bajet HARAPAN boleh mufliskan negara
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata belanjawan alternatif Pakatan Harapan (HARAPAN) akan membawa Malaysia ke kancah muflis jika ia benar-benar dilaksanakan.
Beliau berkata, ini kerana belanjawan itu tidak bertanggungjawab dalam aspek fiskal dan BERDASARKAN JANGKAAN SEMATA-MATA.
"Bagi pakatan politik yang sentiasa menyebarkan dakwaan tidak berasas yang Malaysia menghala ke arah muflis di bawah kerajaan BN, mereka sebenarnya yang akan membawa Malaysia ke arah itu dengan fiskal yang tidak bertanggungjawab.
"Agenda ekonomi hanya mempunyai wibawa jika rancangan perbelanjaan didasari langkah yang perlu untuk menjana hasil.

Khamis, 19 Oktober 2017

SIASAT KP SPRM: PASUKAN KHAS PANTAU SIASATAN DITUBUH

JABATAN Peguam Negara (AGC) sudah menubuhkan pasukan petugas khas Isnin lalu untuk memantau secara lebih dekat siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan lain berkaitan.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tindakan itu dibuat memandangkan tuduhan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM amat serius dan boleh menjejaskan integriti beliau.

"Pada masa sama, AGC ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

"Sejajar dengan amalan terbaik dalam polisi pendakwaan, kami juga akan memastikan siasatan tidak akan menghalang pemberi maklumat atau saksi yang berwibawa untuk tampil bagi membantu siasatan supaya kebenaran akan terbukti.

Sabtu, 14 Oktober 2017

JANTUNG MADEY SEMAKIN TERSENTAK LAPURAN SIASATAN FOREX

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Laporan setebal 400 muka surat itu diserahkan kepada Seri Paduka oleh Pengerusi Suruhanjaya itu Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Istana Negara di sini, lewat petang ini.

"Suruhanjaya telah menyembah maklum kepada Seri Paduka Baginda akan laporan suruhanjaya yang telah disediakan dalam masa tiga bulan.

"Seri Paduka akan membawa laporan itu kepada kerajaan dan saya telah menjelaskan dalam sesi bersama Seri Paduka tadi tentang hasil daripada Suruhanjaya tersebut. Terpulang kepada kerajaan untuk membuat tindakan selanjutnya," kata Mohd Sidek ketika ditemui pemberita di Istana Negara.

Terdahulu, Mohd Sidek yang juga Pengerusi Petronas dan anggota-anggota suruhanjaya itu menghadap Sultan Muhammad V selama lebih sejam.

Ahad, 8 Oktober 2017

DUA PENGAWAL DIRAJA ARAB SAUDI MATI DITEMBAK

JEDDAH: Seorang lelaki bersenjata menembak mati dua pengawal diraja dan mencederakan tiga yang lain di pintu pagar istana, bandar Laut Merah Jeddah.

Kementerian Dalam Negeri berkata lelaki berusia 28 tahun yang dikenali pasti sebagai rakyat Arab Saudi itu bersenjatakan Kalashnikov dan tiga bom tangan.

Dia ditembak mati pengawal diraja selepas melakukan serangan.

"Seorang lelaki keluar dari kereta dan terus melepaskan tembakan ke arah pos kawalan diraja," kata satu kenyataan yang disiarkan agensi Saudi Press.

Menurut kenyataan it, serangan lelaki terbabit menyebabkan dua pengawal terbunuh dan pengawal lain bertindak balas terhadap penyerang.

Terdahulu kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi memberi amaran kepada rakyatnya berhubung laporan serangan terbabit.

Amaran itu dikeluarkan sejurus selepas polis Arab Saudi menyerbu tempat persembunyian pengganas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan MILITAN IS minggu ini menyebabkan dua terbunuh dan lima lagi ditahan. – AFP


Rabu, 4 Oktober 2017

TELUNJUK MAHATHIR LURUS TAPI PENUH DENGAN NAJIS

Empat parti politik – DAP, PPBM, PKR dan Amanah BERLAGAK sebagai sebuah entiti politik berpadu seperti Umno-BN demi menumbangkan perikatan politik yang sudah dijalin sejak enam puluh tahun lalu itu. Bagaimanapun lakonan itu tidak jujur.
Mendaftarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah parti politik hanya pementasan sandiwara politik yang menakutkan dan boleh menghunjamkan negara ke lembah kehinaan kerana cuba memutarbelit keluhuran sistem demokrasi demi mencapai matlamat politik. 

Pertama, PH menghadapi krisis saling tidak mempercayai di antara anggota mereka. Contoh paling jelas ialah apabila PH mengambil pendirian tidak mahu PAS menjadi kerabatnya, PKR bertindak sebaliknya. 

Kedua, PH juga mempamerkan nilai politik yang buruk dalam percubaan meniru perpaduan Umno-BN kerana ia lebih cenderung menebarkan jaring propagandanya yang berpaksikan putar belit fakta dan fitnah. 

Justeru, serahkan pada pemimpin-pemimpin PH untuk memberi intepretasi apa jua gerak kerja kerajaan Umno-BN dan mereka akan mampu memberi tafsiran politik menggiurkan untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan

Tidak kira sama ada pengamatan PH itu bersandarkan fakta atau emosi dan mungkin juga tipu daya, yang penting tidak mungkin bacaan politik mereka akan memuji apatah lagi memihak pada kerajaan. Itu hakikat.
Misalnya, dalam isu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat minggu lalu berikutan jemputan presidennya Donald Trump. PH cuba meremehkannya dengan mengatakan pertemuan itu berlangsung tidak sampai enam minit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...