JABATAN Peguam Negara (AGC) sudah menubuhkan pasukan petugas khas
Isnin lalu untuk memantau secara lebih dekat siasatan
terhadap
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM)
Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan lain berkaitan.
Peguam
Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tindakan itu dibuat memandangkan
tuduhan yang dibuat terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM amat serius dan boleh
menjejaskan integriti beliau.
"Pada
masa sama, AGC ingin mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang
kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.
"Sejajar dengan amalan terbaik dalam polisi pendakwaan, kami
juga akan memastikan siasatan tidak akan menghalang pemberi maklumat atau saksi
yang berwibawa untuk tampil bagi membantu siasatan supaya kebenaran akan
terbukti.
